abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga

MABHAS KEDUA
 



Perjalanan tersebut adalah perjalanan melalui Alam Roh; Yakni melalui rahim ibu, usia kemudaan, usia tua, kematian, Alam Barzakh, kebangkitan semula, dan Titian Sirat ke arah kehidupan abadi. Enam puluh keping emas adalah 60 tahun kehidupan. Saya mengirakan bahawa situasi yang dilihat adalah diri saya ketika berusia 45 tahun. Saya tidak mempunyai apa-apa sebagai penjaminnya, tetapi seorang ahli Al-Quranul Karim telah memberi pesan kepada saya agar menghabiskan separuh daripada baki 15 tersebut ke akhirat. Bagi saya, rumah tumpangan itu adalah Istanbul. Keretapi itu adalah masa, dan setiap gerabak keretapi adalah satu tahun. Manakala terowong itu adalah kehidupan di dunia ini. Bunga-bunga dan buah-buahan yang berduri adalah keseronokan dan hiburan yang diharamkan, yang menyebabkan kesakitan jika melibatkan diri ke dalamnya tanpa menghiraukan kesannya, perpisahan boleh merobek hati, menjadikannya berdarah. Disamping itu, ia juga mempunyai hukuman denda. Kakitangan di atas keretapi telah memberitahu saya bahawasanya dia akan memberikan saya seberapa banyak yang saya mahukan jika saya berikan lima kurush kepadanya.

Huraiannya adalah sebegini: Keseronokan dan hiburan yang manusia lalui mengikut jalan usaha sah dalam lingkungan mengikut aturan sudah memadai buatnya. Tidak perlukan baki selebihnya (halus atau kecil-kecilan) melakukan sebaliknya yang haram dan engkar. 

Anda boleh menghuraikan selebihnya dengan sendiri.

Nuktah Keempat

Manusia serupa seperti seorang kanak-kanak yang ampuh dan manja di alam semesta. Terdapat kekuatan yang kekuatan pada kelemahannya, dan kegagahan pada ketidak upayaannya. Banyak hal yang telah ditundukkan oleh kekuatan pada kelemahannya dan ketidakdayaannya. Jika seseorang memahami kelemahan diri dan berdoa dalam keadaan, dan diiringi pergerakan, disamping mengakui kelemahan diri dan tawakal; dia akan mencapai matlamat, dan nafsunya akan ditundukkan dalam keadaan yang lebih jauh daripada kemampuan ia dapat capai melalui kuasa sendiri kerana ia telah mezahirkan kesyukurannya. Hanya kadang-kala manusia silap dalam mengukur kekuatan  yang ada pada lidahnya dalam memohon sesuatu yang yang telah diperolehi. Sebagai contohnya, kekuatan yang ada dalam kelemahan anak ayam, boleh menyebabkan ibu ayam menyerang singa. Dan anak singa yang baru dilahirkan mampu menundukkan singa betina yang ganas kelaparan, menghasilkan ibu yang lapar dan anak yang kekenyangan. Lihat, inilah kekuatan dalam kelemahan dan kasih sayang yang layak diakui!

Sama seperti tangisan, permintaan atau kesedihan, seorang kanak-kanak boleh menundukkan yang kuat untuk dirinya, dan begitu berjaya dalam mendapatkan apa yang ia mahukan, walhal ia tidak akan dapat lakukan, biarpun jika ia adalah satu perseribu dengan 1000 kali ganda kekuatan sendiri. Yang mahu diperkatakan adalah bahawa, kelemahan dan kecacatan akan merangsang sifat belas kasihan kepadanya dan perasaan melindunginya, hinggakan kanak-kanak itu boleh menundukkan ramai jaguh handalan kepada dirinya sendiri dengan jarinya yang kecil. Sekarang! Jika seorang kanak-kanak berperangai sombong bodoh maka menolak belas kasihan dan merendahkan sebarang perlindungan dengan berkata: “Saya dapat melakukan ini dengan kekuatanku tersendiri (tanpa sebarang bantuan).”; sudah tentu dia akan menerima lempangan. Serupa seperti Qarun yang berkata:
إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِىٓ‌  
iaitu, "aku dapat ini dengan pengetahuan aku sendiri dan kuasaku sendiri" dengan cara yang menunjukkan kekufuran dan menafikan rahmat Penciptanya dan mengingkari hikmah kebijaksanaan Ilahi, sudah tentu ia layak menerima azab balasan. Ini bermakna kekuasaan, kemajuan dan ketamadunan manusia yang telah dicapai bukanlah diperolehi kerana dia telah berjaya menariknya, menawannya atau melalui pertempuran, tetapi kerana kelemahan yang ada padanya. Dia telah dibantu kerana ketidakupayaan. Ia telah dikurniakan kepadanya kerana kefakirannya. Dia telah diilhamkannya kerana kejahilan. Ia telah diberikan kerana keperluan. Dan punca bagi penguasaannya bukanlah kerana kekuatan dan pengetahuan, tetapi kerana rahmat dan kasih sayang kebijaksanaan Ilahi; ia telah dikurniakan kepadanya. Ya, yang memakaikan manusia yang kalah pada binatang beracun seperti jengking tak bermata dan ular tak berkaki, dan yang memberi sutera dari ulat kecil; bukanlah kuasanya sendiri yang ke atas madu dari serangga berbisa, tetapi adalah kuasa Ar-Rahman al-Ikram diatas kelemahan yang dipamerkannya.

Wahai manusia! Memandangkan hakikat perkara ini adalah sebegitu, tinggalkanlah sifat ananiyah dan keangkuhan. Dengan lidah dalam memohon bantuan, isytiharkanlah ketidakupayaanmu dan kelemahanmu di hadapan Ilahi bersama lidah dalam kedesakan, terhadap kefakiranmu dan keperluanmu. Tunjukkanlah bahawa anda adalah hamba-Nya.
Katakanlah: حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ dan bangkitlah bertingkat.

Dan janganlah juga katakan: “Aku adalah kosong, tiada apa-apa. Apa kepentingan yang ada pada diriku sehingga aku diberikan kekuasaan di alam semesta dengan sengaja oleh al-Hakimul Mutlak, dan juga memerlukan aku terima kasih menyeluruh?” kerana anda pasti akan menjadikan jiwa dan keadaan diri benar-benar kosong. Padahal dari sudut tanggungjawab dan pangkat, anda adalah seorang penonton yang prihatin pada alam yang megah ini; mengikuti hikmah penciptaan dengan penuh kebijaksanaan, pembaca yang arif memahami kitab alam ini; seorang penyelia bagi makhluk-makhluk yang ingin mengetahui/mengaguminya, dan bagaikan seorang pembimbing bagi segala yang beribadat dengan penuh hormat.

Ya, manusia! Dari sudut jasadmu yang lemah bak sayuran dan jiwa kehaiwananmu, kamu adalah zarah kecil, atom halus, makhluk yang fakir, haiwan yang lemah; yang ditenggelamkan ke dalam ombak banjir alam yang megah.

Tetapi apabila disempurnakan melalui cahaya keimanan; yang terdiri daripada pancaran cahaya kasih sayang Ilahi, melalui latihan pengetahuan Islam bersama pencerahannya;
dan dalam hal-hal kemanusiaan dan ibadat kepada Allah, anda adalah seorang raja;
dan meluas dalam hal-hal tertentu;
dan dalam kekerdilanmu, terdapat sebuah dunia;
dan dalam kerendahanmu, seorang pentadbir yang mempunyai pangkat tinggi dan memiliki lingkungan yang meluas sehinggakan anda boleh berkata:
Pentadbir Penyayangku telah menjadikan dunia sebagai rumahku, matahari dan bulan sebagai lampunya; dan musim bunga sebagai hadiah bunga untukku, dan rezeki daripada musim panas; dan haiwan-haiwan telah dijadikan berkhidmat untukku. Dan Dia telah menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai perabot-perabut cantik menghiasi rumahku.

Kesimpulan: Jika anda menurut Iblis dan nafsumu, anda jatuh ke asfala safilin. Tetapi jika anda mengikut kebenaran Haq dan menurut panduan Al-Quran, anda akan naik kepada 'ala iliyyin. dan mendapat bentuk ahsani taqwim di seluruh alam semesta.