abcd

Yoppa

nuffnang

Musibah tanda kasih sayang Ilahi

Celakalah bagi mereka yang tidak menganggap musibah yang menimpa diri sebagai ujian keatas diri dan tanda kasih sayang Allah Maha Penyayang; sebaliknya hanya menganggap ringkas ia sekadar hanya bala balasan ke atas diri.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah Al-Ankaboot 29:2)
Dalam suatu peristiwa, Umar Al-Khattab r.a. pernah terjatuh menyebabkan berdarah kepala. Lalu beliau tersenyum mengucapkan syukur sambil menadah tangan. Para sahabat terkejut dan berasa hairan lalu bertanya kepadanya tentang perkara aneh itu. Jawabnya, "Bagaimana aku boleh tidak bersyukur dengan kasih sayang ditunjukkan Allah padaku ini?"

Maka ucapkanlah syukur ke atas sebarang musibah yang menimpa diri. Terimalah ia sebagai ujian bagi menguji keimanan diri. Anggaplah ia sebagai salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t., Robbi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)
 Jika berhadapan ujian atau berlaku ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah syukur dan baca doa: