abcd

Yoppa

nuffnang

Risalah Ramadan - Nuktah Pertama

Hikmah 1: Peringatan Rububiyyah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Puasa Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Oleh itu ia antara rukun terawal yang disebutkan dalam rukun Islam. Maka rukun ini dikira sebagai ibadah yang paling utama didalam Islam; selepas solat.

Kebanyakan hikmah yang lahir daripada puasa Ramadan bertujuan untuk menzahirkan ketuhanan Rububiyyah Allah SWT. Matlamatnya adalah untuk kehidupan sosial dan peribadi manusia. Ia juga bertujuan unttuk menyucikan jiwa sebagai mendidik untuk menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah SWT.

Daripada hikmah puasa, kami akan mengetengahkan satu hikmah yang dapat menyerlahkan ketuhanan Allah SWT
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " (Al-Baqarah 2:183)
Bumi ini dijadikan, seumpama satu hidangan terbentang yang penuh dengan nikmat yang tidak terhitung. Hidangan yang diatur dengan begitu rapi dan indah sehingga tak terkira. Melalui hidangan ini, Allah SWT menunjukkan sifat Rububiyyah ketuhanan-Nya yang sempurna;sifat pemurah & mengasihani-Nya. Namun, disebabkan kelalaian atau sebab yang lain, manusia tidak melihat hakikat ini dengan jelas. Kadangkala menjadi pelupa.

Namun, dalam bulan ramadan orang beriman dengan pantas menjadi seumpama satu pasukan tentera yang lengkap sedia bertempur dalam beribadah. Ketika waktu berbuka, mereka semua untuk menunggu panggilan Yang Maha Berkuasa,"Silakan" - menjamu selera. Mereka menerima dalam keadaan begini - rahmat yang agung dan menyeluruh;meliputi pengabdian yang luas, teratur dan hebat.

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Adakah kamu fikir mereka yang tidak turut serta dalam peribadahan yang tinggi dan yang tidak berada dalam kemuliaan seperti ini layak disebut sebagai manusia?