abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga

MABHAS KEDUA


Kembali


Nuktah Kedua

Manusia mempunyai dua wajah.
Pertama: Mengejar kehidupan dunia pada sudut ananiyah.
Kedua: Melihat kehidupan abadi pada sudut ibadah, ubudiyyah dan kehambaan. 
Pada wajah pertama, ia adalah makhluk yang sangat tidak berdaya kerana modalnya hanyalah;
  1. Juzu' ikhtiari (ketekadan) yang sekerat; Sehelai rambut daripada pilihan;
    Lemah pada keupayaan mengusahakan sesuatu; 
  2. Kehidupan yang merupakan hanya nyalaan api yang cepat padam;
    Satu umur, tempoh yang singkat, fana pantas berlalu; 
  3. Pada diri; badan kecil yang pantas mereput.
Bersama-sama dengan keadaan itu, ia dikira sebagai satu daripada diri yang halus; individu lemah daripada individu yang berbeza daripada jenis-jenis makhluk-makhluk yang tak terkira, yang dipamerkan pada lapisan alam semesta.

Dalam hal wajah kedua dan terutamanya pada kedhaifan dan kefakiran, yang menghala ke arah ubudiyyah, manusia mempunyai keluasan yang benar-benar hebat dan kepentingan yang sangat besar. Ini kerana Al-Fatirul Hakim telah memasukkan satu kelemahan luas dan kefakiran besar tanpa batasan ke dalam sifat maknawi manusia. Supaya dia boleh menjadi sebuah cermin luas yang menghimpunkan perubahan tidak terkira bagi zat al-Qadirul Rahim tanpa penghujung, dan al-Ghaniyyul Karun yang kekayaan-Nya tiada pengakhiran.

Ya, manusia menyerupai sebutir benih. Benih ini telah diberikan peralatan maknawi dan penting oleh qudrat Ilahi, serta program yang halus dan berharga daripada takdir Maha Menentukan, supaya ia boleh bekerja di bawah tanah, sehingga keluar dari alam yang sempit itu, lalu masuki alam udara yang luas, meminta dengan lidah persediaannya kepada Penciptanya supaya ia menjadi sebatang pokok, dan mencari kesempurnaan yang layak buat buat dirinya. Namun jika disebabkan oleh sifat buruk, benih itu menggunakan peralatan maknawi yang diberikan kepadanya untuk menarik sesetengah bahan-bahan merbahaya lagi merugikan di bawah tanah. Maka ia akan reput dan rosak tanpa faedah di tempat yang sempit dalam masa yang singkat. Tetapi sekiranya benih itu mematuhi arahan takwim,
Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. 
dan lalu menggunakan peralatan-peralatan maknawi tersebut dengan baik, maka ia akan terkeluar daripada dunia yang sempit itu, disamping menjadi sebatang pokok besar yang berbuah, hakikat tertentunya yang kecil dan rohnya akan mendapat bentuk realiti menyeluruh yang luas.

Begitu juga, peralatan/kelengkapan yang ketara penting daripada qudrat dan program-program berharga telah disimpan oleh kuasa Maha Menentukan ke dalam perihal diri manusia. Jika manusia menggunakan peralatan maknawinya yang ada di bawah tanah kehidupan duniawi di alam dunia yang terbatas sempit ini demi menurut kehendak hawa nafsunya da keseronokan yang kecil, dia akan reput dan hancur dalam umur yang singkat seperti benih rosak ketika berhadapan beban kesukaran, lalu tanggungjawab maknawi akan membebaninya rohnya yang malang, dan kemudian dia akan berlalu pergi dari dunia ini.

Namun, sekiranya ia memupuk benih kemampuannya dengan air keislaman dan cahaya keimanan di bawah tanah ubudiyyah kepada Allah, menjunjung perintah-perintah al-Quran, dan menghalakan peralatan-peralatan maknawinya ke arah tujuan-tujuan hakiki, maka ia akan bercambah menjadi dahan-dahan dan tunas di Alam Misal dan Barzakh; dan ia akan menjadi benih teramat bernilai dan jentera bersinar yang menghimpunkan keadaan sebatang pokok yang berkekalan dan kebenaran yang berkekalan yang akan menjadi punca kepada kesempurnaan dan nikmat tak terkira di syurga. Dan ia akan menjadi buah pohon alam semesta yang diberkati dan bercahaya.

Ya, kemajuan hakiki pula; adalah untuk menjadikan hati, roh, akal bersama imaginasi dan deria-deria lain yang diberikan kepada manusia ke arah kehidupan yang abadi, dan setiap satunya adalah sibuk dengan tugas ubudiyyah khusus yang sesuai dengan diri masing-masing. Kemajuan bukanlah seumpama golongan yang sesat sangkakan, merasai setiap jenis keseronokan kehidupan dunia ini, hatta paling hina; tatkala tertunduk kepada nafsu amarah, yang menundukkan semua latifahnya, hati dan akal dan akalnya, bagi membantunya untuk masuk ke dalam semua perkara remeh-temeh duniawi yang disangkakan kemajuan. Maka ini bukanlah satu kemajuan, malah ia adalah kerosotan. Saya telah melihat hakikat ini dalam satu kejadian khayalan yang dibayangkan seperti berikut:
Saya telah memasuki sebuah bandar besar, dan saya perhatikan terdapat banyak istana yang besar. Pada pintu sesetengah istana, terdapat sesuatu tarikan yang begitu menarik seperti panggung pentas yang meriah dan riang; ia telah menarik perhatian semua orang dan menghiburkan mereka. Saya melihat dengan teliti dan mendapati bahawa tuan istana itu telah ke pintu; dia sedang bermain dengan seekor anjing dan membantu menghasilkan keriangan. Para wanita telah berbual mesra dengan pemuda yang kurang sopan; Para gadis remaja menganjurkan permainan kanak-kanak; Dan penjaga pintu itu telah mengambil peranan mengawal yang lain. Saya kemudian menyedari bahawa isi istana yang besar itu adalah benar-benar kosong dan lengang. Semua tugas-tugas yang halus semuanya ditinggalkan. Akhlak penduduknya telah merosot, hinggakan mereka berkeadaan sebegitu di pintu. Kemudian saya beredar.
Saya melalui sebuah istana besar yang lain. Saya melihat bahawa terdapat anjing setia yang baring di pintu dan tegas bersama seorang penjaga pintu yang tegap, garang dan tenang. Keadaan istana itu tidak menonjol dan malap. Saya tertanya-tanya: “mengapa tadi sebegitu dan istana ini sebegini?” Saya masuk ke dalam. Kemudian saya perhatian bahawa di dalam adalah sangat meriah; Bertingkat-tingkat; Para penghuni istana sibuk dengan tugas-tugas tertentu yang berbeza. Para lelaki di tingkat pertama bertugas menyelia pentadbiran dan pengurusan istana. Di tingkat atasnya, gadis-gadis sedang mengajar kanak-kanak. Para wanita di tingkat yang lebih atas sedang sibuk dengan hasil seni yang sangat halus dan tenunan yang amat cantik. Dan di tingkat paling atas, tuan sibuk dengan tugas-tugas khas tersendiri, dan sibuk berkomunikasi dengan raja, bagi mengekalkan ketenangan rakyat, dan kemajuan serta kesempurnaan. Oleh kerana saya tidak kelihatan kepada mereka, maka mereka tidak menghalang atau berkata “Dilarang masuk!” dan saya boleh untuk meninjau-ninjau di sekeliling. Kemudian saya keluar dan perhatikan sekeliling: Di seluruh bandar terdapat kedua-dua jenis istana sebegini. Saya tanya tentang perkara ini dan mereka menjawab: “Istana-istana yang meriah di pintu tetapi isinya kosong adalah milik orang-orang yang terutamanya kafir dan golongan-golongan sesat. Yang lain-lainnya adalah milik para pembesar Islam terhormat.” Kemudian di satu sudut, saya terserempak dengan sebuah istana yang telah ditulis nama saya, SAID. Saya tertanya-tanya ingin tahu. Saya melihat dengan lebih rapat. Saya seolah-olah ternampak wajah saya di atasnya. Kerana sangat terkejut kebingungan, saya menjerit dan tersedar.
Dan sekarang saya akan menghuraikan kejadian khayalan ini kepada anda. Semoga Allah jadikannya kebaikan.

Sesungguhnya bandar ini adalah kehidupan sosial/kemasyarakatan manusia dan bandar ketamadunan manusia. Setiap istana adalah seorang manusia. Penghuni istana adalah latifah, sifat kelembutan pada manusia seperti mata, telinga, hati, rahsia, roh, akal, dan perkara-perkara seperti jiwa, hawa nafsu, daya syahwat, dan nafsu amarah. Setiap diri latifah manusia mempunyai tugas ibadat yang berbeza. Terdapat juga kelazatan dan kesakitan yang berbeza. Hawa nafsu, syahwat dan nafsu amarah adalah ibarat penjaga pintu dan anjing. Oleh itu, menundukkan latifah-latifah yang tinggi halus itu kepada nafsu dan melupakan tugas asas mereka, sudah semestinya ialah keruntuhan/kerendahan/kehinaan/kejatuhan. Ia bukanlah kemajuan atau peningkatan. Anda boleh mentafsirkan sudut selebihnya dengan sendiri.


Nuktah Ketiga

Dalam hal tindakannya dan perbuatannya, serta kerjanya, manusia adalah haiwan yang lemah; makhluk yang tiada daya. Daya penggunaannya dan pemilikannya dalam hal ini begitu sempit, hinggakan ia tidak lebih daripada setakat mana kepanjangan tangan boleh mencapai. Haiwan domestik, juga, kekuasaan yang telah diberikan kepada manusia, masing-masing memiliki bahagian lemah, tiada kedayaan dan kemalasannya tersendiri, maka sekiranya mereka dibandingkan dengan jenis mereka yang liar, perbezaan ketara adalah jelas. (Seperti di antara kambing dan lembu peliharaan, dengan kambing dan lembu liar).

Tetapi dalam hal sikap kepasifan, keredhaan, doa, dan permohonan terdesak, manusia adalah pengembara terhormat yang singgah sebentar di dunia. Ia adalah tetamu Tuhan Maha Pemurah, maka limpah rahmat yang tidak terhingga telah dibukakan kepadanya, dan  banyak makhluk tertentu telah diarahkan menjalankan tugas berkhidmat buatnya. Dan satu lapangan yang begitu besar telah disediakan untuk rekreasi, hiburan dan manfaat buat tetamu ini. Hanya separuh daripadanya adalah sehingga sejauh seluas imaginasi dapat membayangkan.