abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga

MABHAS KEDUA

 Kembali 


Nuktah Kelima

Manusia telah dihantar ke dunia ini sebagai seorang pegawai dan tetamu, dan telah diberi kebolehan maknawi yang besar. Dan dia telah diamanahkan dengan tugas penting selaras dengan kebolehan tersebut. Bagi mengarah manusia dalam memenuhi tujuan dan tanggungjawab, galakan yang kuat dan ancaman yang menakutkan telah dibuat. Di sini kami akan merumuskan asas-asas ibadah dan tugas manusia, yang mana kami telah menjelaskan dengan panjang lebar di bahagian lain, supaya rahsia “ahsani taqwim” dapat difahami.

Di alam ini, manusia mempunyai dua aspek ubudiyyah dan menjadi hamba Allah. Satu adalah ibadat dan tafakur (renungan) akibat ketiadaan punca ibadat. Yang lain adalah ibadat doa di hadapan-Nya, dan bermunajat terus kepada-Nya.

Wajah Pertama: Ia adalah untuk mengesahkan secara merendah diri pada kedaulatan Kuasa yang jelas di alam semesta, dan untuk memerhatikan kesempurnaan dan kemuliaan dalam dengan kekaguman.

Lalu, ia adalah untuk menyaksikan dan mengkhabarkan seni-seni unik yang mengandungi Nama-nama Kudus Ilahi dan untuk memaparkan pada orang lain.

Maka ia adalah untuk menimbang kira skala persepsi  terhadap penghiasan Nama Mulia, yang mana segalanya adalah ibarat khazanah tersembunyi, ia adalah untuk mengesahkan nilainya dalam penghargaan melalui hati minda yang tulus.

Kemudian, ia adalah untuk mengkaji dan memahami dengan teliti kandungan dalam kekaguman terdapat laman makhluk dan daun-daun  yang ada di langit dan bumi. Ia adalah seperti kiriman pena kuasa.

Kemudian, dengan pegangan dalam kekaguman pada perhiasan dan seni halus terhadap penciptaan, ia adalah bagi merasai cinta pada pengetahuan Pencipta yang Zuljamal, dan kerinduan untuk naik bersama Maha Pencipa yang Zulkamal lalu menerima nikmat-Nya.

Wajah kedua: Ini adalah tempat kehadiran, dan lokasi yang mana manusia harus melaluinya dari tempat bertugas hingga ke arah pengeluar tugas, bagi dia melihat hakikat Maha Pencipta ZulJalal menjadikan dirinya dikenali dan mengenali mukjizat pada seni-Nya, dan dia bertindak balas melalui ilmu pengetahuan dan keimanan pada dirinya.

Kemudian dia melihat bahawa Rabbur-Rahim mahu menjadikan dirinya disayangi melalui buah-buah halus rahmat-Nya. Maka dengan mengikat kasihnya dan ibadahnya kepada-Nya, ia dapat  melahirkan rasa cinta kepada-Nya.

Kemudian dia melihat bahawa al-Karim yang Maha Pemurah sedang memupuknya dengan keenakkan nikmat yang zahir dan tidak zahir. Sebagai balasannya, dia melahirkan kesyukuran dan kepujian kepadaNya menggunakan perbuatan, kelakuan, perkataan, dan sejauh mana dia mampu, melalui segala deria dirinya dan bahagian pada dirinya.

Lalu ia melihat al-Jalil al-Jamil sedang mengisytiharkan kebesaranNya dan kesempurnaanNya,  bersama kemuliaan dan keindahan yang terletak dalam cermin segala ciptaan-Nya. Dan Dia sedang menarik perhatian penuh kepada hal-hal itu. Maka, sebagai jawapannya, dia melaungkan: “SubhanAllah! Allahu Akbar!”, dan ia sujud dalam merendah diri dengan rasa cinta dan kagum.

Dan kemudian ia melihat bahawa al-Ghaniyyul Mutlak telah menunjukkan kekayaanNya dan kurniaanNya tanpa batasan disebalik kemurahan yang mutlak. Lalu sebagai tindakbalas, ia mengagungkanNya dan memujiNya; ia bertafakur dan bertawakal, bagi meluahkan keperluannya.

Kemudian ia melihat al-Fatir ZulJalal telah menjadikan muka bumi ibarat sebuah pameran, bagi mempamerkan segala kesenian unikNya. Dengan itu, ia meluahkan penghargaan: "MasyaAllah!", dan dengan kagum "Barakallah!", dan pada keceriaan: "SubhanAllah!", dan turut meneriakkan "AllahuAkbar!" dalam kekaguman.

Kemudian dia melihat  pada istana alam semesta; Wahidul Ahad  telah memeterai kesatuan perpaduan pada semua makhluk melalui tandaNya yang tidak boleh ditiru, serta melalui cop, tanda dan pertimbangan yang khusus hanya kepadaNya; yang mana Dia memahatkan tanda TawhidNya;  Lalu Dia menunjukkan Rububiyyah-Nya dengan melabuhkan jalur wahdaiyah di segenap rata dunia. Bagi hakikat itu, dia membalas melalui pegangan tawhid, iman, syahadah, ubudiyyah, dan keyakinan ke atas pepaduan yang telah ditetapkanNya.

Dengan itu, melalui ibadat dan tafakur sebegini, dia telah menjadi manusia hakiki. Dia menunjukkan dia adalah ahsani taqwim. Melalui kelazatan iman, dia menjadi khalifah di muka bumi yang yang layak memegang Amanah-Nya.

Wahai manusia lalai yang telah dijadikan ahsani taqwim! Yang, melalui penyalahgunaan kelengkapannya akan mengembalikannya ke asfala safilin. Dengarkanlah! Dalam kelalaian yang dihasilkan oleh kemudaan, saya juga seperti kamu, menyangkakan dunia sudah indah dan melazatkan. Kemudian apabila bangun di waktu pagi usia tua, saya telah melihat kehodohan pada wajah dunia yang tidak membawa ke akhirat, yang mana saya pernah bayangkan kecantikannya.  Untuk melihat ini dan kecantikan hakiki-nya, yang membawa ke akhirat, anda boleh merujuk kepada dua maqam yang terdapat didalam Kalimah ke-17 dan fahami hakikat ini dengan sendiri.

Maqam Pertama telah menghuraikan tentang hakikat dunia yang manusia sering abaikan. Yang mana pada masa dahulu, seperti manusia yang jahil, saya nampak tirai keengkaran, tetapi tanpa tenggelam didalamnya.
Maqam Kedua telah menunjukkan hakikat dunia manusia yang mendapat hidayah. Saya telah tinggalkannya sebagai mana ia telah dituliskan. Ia adalah seperti sebuah puisi, tetapi hakikatnya ia bukanlah puisi..

 سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيم
  ،رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى، وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى، وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى 
 يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى

 اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى الذَّاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ اللَّطِيفَةِ اْلاَحَدِيَّةِ شَمْسِ سَمَاۤءِ اْلاَسْرَارِ وَمَظْهَرِ اْلاَنْوَارِ وَمَرْكَزِ مَدَارِ الْجَلاَلِ وَقُطْبِ فَلَكِ الْجَمَالِ اَللّٰهُمَّ بِسِرِّهِ لَدَيْكَ وَبِسَيْرِهِۤ اِلَيْكَ اٰمِنْ خَوْفِى وَاَقِلْ عُثْرَتِى وَاذْهِبْ حُزْنِى وَحِرْصِى وَكُنْ لِى وَخُذْنِى اِلَيْكَ مِنِّى وَارْزُقْنِى الْفَنَاۤءَ عَنِّى وَلاَ تَجْعَلْنِى مَفْتوُناً بِنَفْسِى مَحْجُوباً بِحِسِّى وَاكْشِفْ لِى عَنْ كُلِّ سِرِّ مَكْتُومٍ يَاحَىُّ يَاقَيُّومُ يَاحَىُّ يَاقَيُّومُ يَاحَىُّ يَاقَيُّومُ وَارْحَمْنِى وَارْحَمْ رُفَقَـاۤئِى وَارْحَمْ اَهْلَ اْلاِيمَانِ وَالْقُرْاٰنِ اٰمِينَ
  يَاۤ اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَيَاۤ اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِينَ  
 وَأَخِرُ دَعۡوَٮٰهُمۡ أَنِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ