abcd

Yoppa

nuffnang


Lama’ah Kelima


Pada asalnya satu risalah akan ditulis dalam lima belas darjah sebagai sebuah tulisan yang akan menjelaskan hakikat maknawi agung tentang firman Allah S.W.T. yang berbunyi:
حَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيلُ1

Akan tetapi, ia telah sengaja ditangguhkan hingga kini memandangkan ia adalah lebih relevan dengan renungan pemikiran dan zikrullah berbanding persoalan realiti ini dan ilmu. Malahan, sebegitu juga risalah penting (sebelum ini) yang dikenali sebagai Konsep as-Sunnah, seharusnya disambung dengan Darjat As-Sunnah dan Ubat Penyakit Bida’ah; yang pada asalnya ditetapkan sebagai sebagai Lama’ah Kelima. Namun, oleh kerana ia mengandungi sebelas nuktah, ia telah ditangguhkan sehingga Lama’ah Kesebelas.

Sebagaimana yang dikatakan bahawa hakikat agung diatas lebih releven sebagai renungan dan zikrullah, maka ia telah diperjelaskan di dalam Lama’ah Keduapuluh Sembilan, bahagian kedua; yakni di dalam Risalah Sualar. Maka, ayat 173, Surah Ali Imran ini telah diperjelaskan di dalam Sualar Keempat2

Lalu, akhirnya Lama’ah Kelima ini telah dibiarkan tanpa disentuh.



Lama’ah Keenam


TELAH DINYATAKAN, bahawa akan ada risalah yang mengandungi limabelas atau duapuluh darjah renungan penjelasan tentang hakikat agung yang bersumber dari berbagai-bagai ayat Quran. Dan kalimah لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيمِ pernah ditafsirkan dalam suatu kitab yang lain3. Seperti Lama'ah Kelima, telah kurasakan kalimah ini di dalam diriku, dan disaksikan melalui renungan dan zikrullah dalam perjalanan rohaniku. Oleh itu, memandangkan ia mempunyai lebih banyak hubungan dengan kebahagiaan hati dan rohani berbanding dengan ilmu dan realiti, maka adalah sebaiknya jika disertakan diakhir pancaran cahaya itu, yang mana ia adalah tentang hakikat, bukan di awalnya 4



Dipnote

  1. “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik wali (pengurus)”
    (Surah Ali Imran 3:173)

  2. Pada mulanya Risalah Sualar telah dituliskan didalam bahasa arab. Kemudian Penulis telah menuliskannya dengan bahasa Turki.

  3. “Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah”
    Lihat: al-Bukhari, Tahajjud, 21; dan Nasa’i, Sahw, 83.

  4. Ia telah diletakkan dalam Sualar Keduapuluh Sembilan versi bahasa arab.