abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Ketujuhbelas




إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ
  عَمَلاً  ♦  وَاِنَّا لَجَـٰعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا 
وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْو 


[Didalam kalimah ini terdapat 2 maqam yang tinggi, dan satu penambahan sokongan yang mencerah]


MAQAM 1

Al-Khaliqur Rahim; Pemberi Rezeki yang al-Karim; Pencipta Al-Hakim telah menjadikan dunia dalam bentuk pesta dan sambutan bagi meraikan alam kerohanian dan kebatinan. Menghiasinya dengan sulaman Nama-namaNya yang indah, Dia telah menutup setiap roh dengan pakaian; samada besar atau kecil,tinggi atau rendah; meletakkannya dalam suatu badan yang memiliki deria dan akal, dan sesuai dengannya; dan layak mendapat manfaat daripada pelbagai perkara dan nikmat yang baik yang ada dalam pesta itu. Dia telah memberikan setiap satunya jasmani dan hantarnya untuk tontonan pada suatu masa sekali.

Dia membahagikan pesta yang meluas itu langsung dari sudut masa dan ruang; menjadi abad, tahun, musim, dan malahan hari dan bahagian-bahagiannya, dan menjadikannya sebagai perayaan mulia ke dalam bentuk perarakan semua kumpulan makhlukNya yang mempunyai roh, dan kepada tumbuhan dan artifak flora ciptaan-Nya. Terutamanya muka bumi ketika musim bunga dan musim panas, ia adalah perayaan bagi kelompok-kelompok makhluk kecil yang amat berkelipan hingga ia menarik perhatian makhluk batin rohaniyah, para malaikat dan para penduduk syurga di langit yang tinggi. Bagi sesiapa yang berfikir dan bertafakur, ia adalah tempat renungan yang begitu indah, hinggakan minda tidak mampu membayangkannya.

Tetapi di hadapan penampilan Asmaul Husna pada ar-Rahman dan al-Muhyi dalam pesta Mulia dan kenduri Agung ini, Nama-nama al-Qahhar dan al-Mumit, timbul bersama kematian dan perpisahan. Dan ini nampaknya seolah-olah tidak menepati skop lebar Maha Merahmati didalam,
1 وَرَحۡمَتِى وَسِعَتۡ كُلَّ شَىۡءٍ۬‌
Namun begitu, pada hakikatnya terdapat beberapa cara yang mana ia adalah menepatinya, dan salah satunya adalah seperti berikut:

Maha Pencipta Al-Karim dan Fatir Ar-Rahim  telah memberikan dalam satu cara belas kasihan kepada setiap kelompok makhluk setelah menyelesaikan gilirannya dalam perarakan tersebut dan keputusan yang dikehendaki telah diperolehi, dengan membuat kebanyakan mereka berasa keletihan dan jijik dengan dunia, dan mengurniakan kepada mereka keinginan untuk berehat dan kecenderungan untuk berhijrah ke alam lain. Dan apabila mereka dilepaskan daripada tugas kehidupan mereka, maka Dia membangunkan satu keinginan yang kuat di dalam jiwa mereka terhadap rumah asal mereka.

Malahan, ia tidak jauh daripada rahmat tidak terhingga Ar-Rahman, dimana sebagaimana Dia mengurniakan darjat mati syahid kepada askar yang mati ketika menjalankan tugasnya ketika berjuang, dan ganjaran kepada kambing  yang disembelih sebagai korban dengan memberikannya jasmani kekal wujud di akhirat dan memberinya pangkat tunggangan buat pemiliknya seperti Buraq di atas Titian Sirat; begitu jua bagi haiwan dan makhluk lain bernyawa yang mati ketika
menjalankan tanggungjawab mulia khusus mengikut sifatnya berikutan kepatuhan itu, dan sesiapa sahaja yang menghadapi azab kesusahan penderitaan yang menyeksakan. - Tidak mungkin bahawa harus ada bagi mereka suatu ganjaran kerohanian dan suatu gaji berikutan keupayaan mereka dalam perbendaharaan rahmatNya yang tidak kunjung habis; hinggakan mereka bermasalah dan sukar untuk meninggalkan dunia ini. Benar, sememangnya mereka harus gembira.La ya'lamul ghaib illAllah.

Namun, biarpun sebagai makhluk mulia yang memiliki roh dan yang paling banyak manfaat daripada pesta itu samada pada kualiti atau kuantiti, manusia tetap tertawan dengan dunia dan tenggelam di dalamnya. Sebagai rahmat, lagi Maha Mengasihani meletakkan kepadanya suatu keadaan minda, yang mana dia berasa jijik terhadap dunia dan berhasrat untuk berpindah ke alam yang kekal abadi. Seseorang yang mana kemanusiaannya tidak terjatuh ke dalam kesesatan, mendapat keuntungan daripada keadaan minda itu dan dapat pergi dengan hati yang tenang. Sekarang kami akan menerangkan melalui contoh tentang lima daripada banyak wajah (aspek) yang menghasilkan keadaan seperti itu;


Pertama: Dengan menunjukkan perubahana musim tua sebagai tanda kefanaan dan keindahan yang menghilang dan kealpaan perkara-perkara menggoda di dunia ini, dan maknawi kepahitanya, ia membuatkan seseorang merasa jijik pada dunia dan menyebabkan dia mencari tempat yang perkara kesayangan yang kekal bagi menggantikan perkara yang fana itu.


Kedua: Melihatkan 99 peratus sahabat rapat seseorang telah meninggalkan dunia ini dan menetap di alam yag lain, hatinya yang diisi kasih sayang akan mendorongnya merasai hasrat keinginan untuk pergi ke tempat yang mereka telah pergi, dan membuatkannya ingin menemui kematian dan merasai detik-detiknya dengan gembira.


Ketiga: Secara keseluruhan pada suatu perkara tertentu, ia membuatkan seseorang menyedari ketidakbatasan pada kelemahan dan ketidakupayaan dalam manusia, dan menyebabkannya memahami beban kehidupan dan tanggungjawab pada kehidupan. Ia membangkitkan satu hasrat yang besar padanya untuk berehat, dan satu keinginan ikhlas padanya untuk pergi ke dunia yang lain.


Keempat:  Melalui cahaya keimanan, ia menunjukkan kepada hati orang beriman bahawa kematian itu bukanlah hukuman, tetapi pertukaran kediaman; bahawa kubur bukanlah mulut bagi telaga yang gelap, tetapi pintu kepada dunia yang dipenuhi cahaya; dan bagi kesemua kilau-kilauannya, dunia adalah seperti penjara jika dibandingkan dengan akhirat. Untuk dikeluarkan daripada penjara dunia ini dan memasuki taman syurga, dan melepasi daripada gawat kesusahan badan kehidupan  kepada dunia kerehatan dan arena di mana roh terbang melambung; lalu bebas daripada bunyi kebisingan hiruk-pikuk makhluk dan menghala kepada tempat aman Ar-Rahman; adalah wajar dengan satu perjalanan beribu-ribu kehidupan dikehendaki demi kebahagiaan.


Kelima: Dengan memaklumkan seseorang yang mengutamakan Al-Quran pada pengetahuan hakiki yang terkandung didalamnya, dan mengenai cahaya hakikat sifat sebenar dunia, ia menjadikannya sedar bahawa cinta kepada dunia dan terikat kepadanya

adalah agak sia-sia.;-
Iaitu, ia mengatakan perkara yang berikut kepada manusia, dan membuktikannya:

“Dunia ini adalah buku milik as-Somad yang Maha Kekal. Huruf-huruf dan kalimah-kalimahnya bukan menunjukkan kepada ia sendiri tetapi kepada zat-zat, sifat-sifat dan Namayang lain. Berkenaan ini, pelajarilah maknawinya dan berpeganglah kepadanya. Namun, abaikan hiasan nya, kemudian pergi!
“Dunia ini juga adalah sebuah ladang;&nbspsemaikan dan tuailah tanamanmu, dan peliharalah ia.  Buangkan hampasnya dan tak perlu berikannya sebarang kepentingan.
“Dunia ini adalah juga sekumpulan cermin yang terus saling melepasi yang lain, maka kenali Siapa yang Nyata di dalamnya, lihat pada cahaya-Nya, fahami manifestasi Nama-nama yang muncul dalamnya dan cinta kepada Siapa yang ia wakili. Tinggalkan ikatan anda kepada serpihan kaca yang sudah ditakdirkan untuk menjadi rosak dan binasa!
“Dunia ini juga adalah pasar pedagang merantau. Maka berlaburlah dan bangkit; tidak perlu mengejar kelompok-kelompok yang meninggalkan anda dan tidak memberikan anda sebarang perhatian. Jangan letihkan diri anda dengan sia-sia.”
“Dunia ini juga pameran sementara. Jadi lihat padanya dan ambil pengetahuan. Berikannya perhatian; bukan pada mukanya yang kejelasan lagi kehodohan; tetapi pada wajahnya yang terlindung kecantikan, yang melihat kepada al-Jamil al-Baqi. Pergilah untuk perantauan yang tenang dan menguntungkan. Kemudian kembali dan janganlah menangis seperti seorang kanak-kanak yang bodoh apabila kehilangan suatu pemandangan cantik dan perkara yang indah menghilang. Dan janganlah menjadi keresahan!
“Dunia adalah juga sebuah rumah tumpangan. Maka makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu melampau ketetapan batasan yang dibenarkan oleh Al-Karim Maha Terpuji, dan berikan kesyukuran. Bertindaklah dan berkelakuan dalam batasan peraturan-peraturanNya. Kemudian tinggalkannya tanpa menoleh ke belakang, dan pergilah dan teruskan pergi. Jangan membuat kacau di dalamnya dengan cara yang menggila atau rasmi. Jangan sibuk diri anda dengan sebarang perkara yang akan berpisah daripada anda dan tidak kaitan dengan anda. Janganlah lekatkan dirimu pada yang sementara dan melemas!”

Melalui hakikat yang zahir jelas seperti ini, wajah kelima menunjukkan rahsia muka dalaman dunia; amat begitu meringankan perpisahan daripadanya. Ya! Bagi sesiapa yang sedar, ia akan menjadikan perpisahan sesuatu yang dihajati, dan barangkali menyedari kesan-kesan rahmat yang terdapat dalam segala-galanya sehingga setiap aspeknya. 

Al-Quran memperlihatkan kelima-lima Wajah ini, dan ayat-ayat Quran tersebut menunjukkan kepada aspek-aspek tertentu yang lain.

Malulah sesiapa yang tidak meresapkan kelima-lima Wajah tersebut ke dalam kulit menjadi sebahagian daripada pegangan!