abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga

Dengan Nama Allah Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian, Kami kembalikannya ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.” 
(Surah At-Tiin [95] : 4-6)



MABHAS KEDUA

BAB INI TERDIRI DARIPADA LIMA ULASAN BERKENAAN PUNCA KEPADA KEBAHAGIAAN DAN KESUSAHAN MANUSIA. 
Oleh kerana manusia telah dijadikan dalam keadaan Ahsani Taqwim dan telah dianugerahi persiapan kemampuan selengkapnya, maka ia telah dimasukkan ke dalam arena ujian yang mana ia boleh bangkit atau jatuh ke dalam stesen kedudukan, pangkat, dan darjat asfala safilin ke 'ala illiyyin, dari zarah kecil hingga ke sebesar matahari. Ia telah dihantarkan ke dunia sebagai satu kudrat mukjizat hadrat Ilahi, natijah penciptaan, dan kehebatan keajaiban seni Teragung yang mana dua buah jalan telah dibentangkanm, menuju ke ketinggian atau kerendahan tanpa penghujung. Justeru itu, kami akan menerangkan misteri pencapaian tinggi ini dan kejatuhan rendah manusia yang menakutkan itu melalui lima nuktah (ulasan).

Nuktah Pertama

Manusia adalah sering dalam keadaan berhajat terhadap banyak perkara dan mempunyai persamaan dengan pelbagai jenis makhluk di alam semesta. Keperluannya bertebaran hingga ke pelusuk dunia, dan keinginan-keinginannya berpanjangan hingga keabadian. Sebagaimana ia mahukan sekuntum bunga, ia juga mahukan musim bunga. Sebagaimana ia inginkan sebuah taman, ia juga mahukan syurga yang abadi. Sebagaimana ia rindukan pada seorang peneman, ia juga rindu melihat Maha Cantik Pemilik Keagungan. Sebagaimana mahu melawat sesiapa disayanginya di mana-mana, ia mahukan pintu mereka sedia terbuka buatnya. Sebagaimana juga dalam menziarahi sembilan puluh sembilan peratus (99%) daripada sahabatnya yang telah berpindah ke barzakh, demi menyelamatkan dirinya daripada perpisahan abadi; maka ia perlu berlindung pada pintu Al-Kadir Mutlak yang akan menutup pintu dunia yang besar ini  dan membuka pintu akhirat, yang mana merupakan paparan keajaiban, serta menamatkan dunia ini lalu mewujudkan dan menetapkan akhirat pada kedudukannya.

Maka bagi manusia dalam keadaan ini, punca ibadat hakiki hanyalah kepada al-Qadir Zul Jalal, ar-Rahim Zul Jamal, dan al-Hakim Zul Kamal dengan pentadbiran segala benda berada di dalam kekuasaan Maha Esa sahaja; terletak khazanah bernilai pada sisi-Nya, Yang Melihat semua perkara dan sentiasa hadir di serata tempat, Maha Suci daripada batasan dimensi, Jauh (bebas) daripada kelemahan, dan Jauh meninggi daripada kecacatan; Ini kerana pemilik qudrat itu sahaja boleh memperkenankan hajat-hajat manusia tanpa pengakhiranMaka dengan itu, hanya Dia sahaja yang layak untuk disembah.

Wahai manusia! Jika kamu menjadikan diri hamba hanya kepada-Nya, kamu akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi daripada makhluk-makhluk lain. Tetapi jika kamu menjauhkan diri daripada beribadah kepadaNya, kamu akan menjadi hamba yang hina di antara makhluk yang lemah. Jika kamu berserah kepada ananiyah, egomu dan meninggalkan doa dan tawakal kepada Allah, lantas dihanyutkan oleh ketakburan dan kemegahan, nescaya kamu akan jatuh serendah-rendahnya, lebih rendah daripada semut atau lebah, dari sudut kebaikan dan penciptaan, malah lebih lemah berbanding labah-labah dan lalat. Kamu akan menjadi lebih berat berbanding gunung jika diukur pada sudut keburukan dan kebinasaan, dan lebih membahayakan berbanding wabak penyakit berjangkit dan binatang perosak.


Ya, wahai manusia! Penciptaanmu mempunyai dua wajah.

Pertama: Sudut penjadian. Kewujudan, kebaikan, perbuatan dan sifat positif.

Satu lagi adalah (kedua): Sudut kebinasaan. Memusnah, ketiadaan, kenafian, dan pesimistik.


Pada darjah pertama, kamu adalah lebih rendah daripada lebah atau pipit, dan lebih lemah daripada labah-labah atau lalat. Manakala bagi darjah kedua, kamu akan melangkau mengatasi gunung-gunung, bumi dan langit; kamu akan memikul satu beban yang ditakuti, yang telah diakui oleh golongan yang lemah tanpa kemampuan, mereka mengecut ketika itu. Dan kamu akan mendapat satu perhimpunan yang lebih meluas dan lebih besar daripada mereka. Pada saat kamu membuat satu penghasilan dan melakukan kebaikan, kamu hanya dapat melakukannya sekadar batasan kegagahan dimiliki dan hanya sekadar kemampuan tangan dapat mencapai. Namun, apabila kamu melakukan keburukan dan kemusnahan, maka keburukanmu akan melampaui batasan dan kebinasaanmu akan merebak.

Sebagai contoh: Kekufuran/kemungkaran adalah satu keburukan; suatu yang memusnah dan kehilangan kepercayaan. Keburukan yang satu ini mengandungi sikap; penghinaan seluruh alam semesta, memperkecilkan Asmaul Husna Ilahi dan menjahanamkan manusia sejagat. Ia adalah kerana setiap kewujudan memilik darjat yang tinggi dan tugas yang penting; ia adalah warkah agung Rabbani, cermin kepujian dan utusan Ilahi. Namun kekufuran pula menjatuhkan darjat ini sebagai 'pencermin', petugas penting, dan pemilikan makna lalu merendahkan darjat mereka ke tahap sia-sia kekosongan dan mainan tasoduf. Dengan penafian, ia juga menghina Nama-nama Ilahi, ukiran-ukirannya, penyataan-penyataannya, dan keindahan-keindahannya yang harus kelihatan di seluruh alam semesta dan cermin-cermin daripada kewujudan melalui keingkarannya. Khalifah di bumi yang dikenali sebagai manusia memiliki qasidah puisi hikmah kebijaksanan yang secara indah mengumumkan kebuktian semua Nama kudus Ilahi yang Maha Mulia. Diri manusia adalah seumpama benih yang menghimpunkan semua kelengkapan melalui Mukjizat kudrat Ilahi bagi pohon kebaqaan. Tetapi angkara kekufuran, ia akan menjatuhkan darjat khilafah muka bumi ke tahap yang lebih hina dan dhaif, malah lebih lemah dan fakir daripada haiwan yang fana dan tidak kekal yang paling rendah. Dan melalui kemusnahan kelenyapan dan perpisahan, Dia menjatuhkan mereka ke peringkat martabat perubahan fana yang kurang kepentingan dan nilai; hingga ke tahap sekeping papan biasa yang kosong, serabut dan tiada bermakna serta cepat mereput rosak.

Secara Ringkas: Hasilnya adalah, pada sudut pemusnahan dan kejahatan, jiwa yang bernafsu jahat mampu melakukan jenayah tanpa penghujung. Tetapi berkenaan penghasilan yang kreatif dan kebaikan, kemampuan upayanya adalah sedikit, terhad dan berbahagi. Ya, ia boleh merobohkan sebuah rumah dalam masa sehari, tetapi ia tidak mampu membinanya dalam seratus hari. Namun, apabila jiwanya meninggalkan annaniyah; berusaha mencari kebaikan dan pemberian daripada bantuan taufiq Ilahi; ia menjauhkan diri daripada keburukan, kejahatan, kemusnahan dan sikap bergantung hanya kepada diri; dan menjadi hamba Allah yang hakiki sempurna melalui istighfar dan taubat, ia akan memahami dan menyingkap rahsia makna:
يُبَدِّلُ ٱللهُ سَيِّئَاتِهِمۡ حَسَنَاتٍ۬‌
Kapasiti kemampuan kejahatan tanpa had yang ada padanya akan bertukar menjadi kapasiti kemampuan kebaikan tanpa had. Ia akan beroleh nilai corak Ahsani Taqwim dan naik kepada  'ala illiyyin.

Justeru itu, wahai manusia yang lalai leka! Renungilah kelimpahan dan sifat pemurah Allah Ta'ala. Biarpun ia adalah satu keadilan jika merekodkan satu kejahatan sebagai satu ribu keburukan, dan satu kebajikan sebagai sekadar satu kebaikan atau tidaklah mencapai satu keadilan langsung, namun Dia tetap merekodkan satu kejahatan sebagai satu sahaja, dan Dia menilai satu kebajikan sebagai sepuluh kebaikan, kadang-kadang tujuh puluh atau tujuh ratus, malah kadang-kadang sehingga tujuh ribu kelebihan. Kamu akan juga memahami daripada nuktah ini bahawa, memasuki neraka yang merupakan azab menyeksakan; adalah balasan diatas perbuatan dan sebenar-benar keadilan yang hakiki. Manakala memasuki syurga adalah sebenar-benar rahmat kurniaan hakiki.