abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga


IMAN DAN MANUSIA

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikannya ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.” 


[Kalimah ini telah dibahagikan kepada 2 Mabhas (bab)]


MABHAS PERTAMA

Kami akan menerangkan lima nuktah; hanya lima daripada keindahan iman yang beribu-ribuan.

Nuktah Pertama

Melalui cahaya iman, manusia akan mencapai darjat yang paling tinggi di antara yang tertinggi dan  melayakkan dirinya untuk memasuki syurga. Sebaliknya dengan kegelapan kekufuran, manusia akan dijatuhkan ke peringkat yang paling rendah dan hina, sehingga ia layak sekali mendapat kedudukan dalam neraka jahanam. Iman menghubungkan manusia dengan Maha Agung penciptanya, dengan hubungan yang kukuh. Melalui keimanan, manusia mencapai martabat yang tertinggi melalui penjelmaan seni Ilahi dan ukiran Asma' ul-Husna yang terdapat pada dirinya. Manakala kekufuran memutuskan hubungan suci ini sehingga seni ciptaan Allah yang ada pada manusia tadi menjadi kabur dan tersembunyi. Dengan demikian, nilainya akan jatuh ke peringkat nilai fizikalnya sahaja. Sedangkan ia hanyalah fana, akan hilang dan kehidupannya adalah kehidupan kehaiwanan yang sementara, nilai yang hampir kepada ketiadaan. Kami akan menerangkan rahsia ini melalui satu perbandingan:



Sebagai contoh: Bagi hasil seni manusia, nilai bahan yang digunakan adalah berbeza daripada nilai seni yang sebenar. Kadang-kala kedua-duanya kelihatan sama, dan kadang-kala bahan-bahannya lebih bernilai. Dan kadang-kala hasil seni yang bernilai lima lira boleh diperolehi daripada bahan-bahan seperti besi yang bernilai hanya lima kurush.Dan kadang-kala juga, biarpun sesuatu hasil seni antik boleh berharga sehingga berjuta-juta sedangkan bahan untuk menghasilkannya tidak mencecah lima kurushSekiranya hasil seni ini dibawa ke balai seni antik, jika ia dipamerkan dengan nama karyawan yang masyhur dan mahir sebagai penghasilnya beserta nilainya, ia dapat dijual atas nilainya yang sebenar hingga boleh mencecah harga berjuta-juta lira. Sebaliknya jika hasil seni itu dibawa ke kedai besi buruk, ia akan dijual berdasarkan kadar unsur besi yang terkandung di dalamnya sahaja, dan barangkali harganya hanya 
dapat ditetapkan sekadar besi yang bernilai lima kurush sahaja.
Begitu juga halnya dengan manusia. Manusia adalah hasil seni Allah Maha Agung yang menakjubkan. Dia menjelmakan mukjizat kuasaNya yang paling tinggi dan halus, yang mana Dia mempamerkan keseluruhan jelmaan namaNya pada Asma' ul-Husna dan paksikannya melalui ukuran jelmaanNya yang indah, dalam bentuk satu model mini alam semesta ini. Jikalau seseorang itu meresapkan diri dengan cahaya iman yang mantap, segala jelmaan seni ukiran Ilahi dapat dilihat maknawi secara jelas pada dirinya, bahkan dapat dibaca oleh orang lain. Bagi seorang yang beriman, ia akan membaca jelmaan ini dengan penuh kesedaran dan kezahirannya dapat menjadikan orang lain turut dapat membacanya. Seolah-olah manusia yang beriman menzahirkan maknawi itu dengan kata-kata, “aku adalah ciptaan rekaan dan kesenian Maha Pencipta. Lihatlah jelmaan rahmat dan kemurahanNya pada diriku.” Itulah iman kepercayaan, akan hubungan kaitan dengan Maha Pencipta, menzahirkan segala hasil seni yang wujud di dalam diri manusia. Oleh itu, nilai manusia ditentukan mengikut kadar kezahiran dirinya akan kesenian rekaan dan keindahan jelmaan kudrat agung Maha Esa. Maka dengan ini, manusia yang pada mulanya tidak mempunyai apa-apa nilai itu bertukar menjadi makhluk yang mempunyai martabat yang paling tinggi sehingga membolehkannya untuk menerima sapaan Ilahi dan mendapat kemuliaan yang melayakkannya untuk menjadi tetamu Allah di dalam syurga.

Manakala jika kekufuran memutuskan hubungan seseorang dengan Allah - menyelinap masuk ke dalam diri manusia, ia akan menjatuhkan segala pengertian jelmaan Asma' ul-Husna ke dalam kegelapan dan memadamnya sama sekali sehingga tidak lagi dapat dilihat dan dibaca. Ini kerana kita tidak akan dapat memahami segala ukiran maknawi yang menunjukkan kepada Allah Yang Maha Mencipta dengan kita melupakan Allah itu sendiri. Bahkan jika kita melupakanNya, ini bererti kita telah membelakangkanNya. Di samping itu, kebanyakan tanda-tanda jelmaan ciptaan dan ukiranNya yang berharga dan indah akan pupus dan hilang. Jika adapun tanda-tanda tersebut yang masih tinggal, maka kita hanya akan menghubungkannya dengan sebab-sebab yang remeh seperti 'semulajadi', 'kebetulan' dan sebagainya. Ini akan menyebabkan segala hakikat yang merupakan permata yang berkilauan itu bertukar menjadi kaca hitam yang gelap. Ketika itu, nilainya hanya pada bahan buatannya sahaja. Sebagaimana kami telah jelaskan bahawa matlamat dan natijah fizikal manusia hanyalah untuk menghabiskan kehidupan singkat yang dimiliki oleh tuannya, iaitu makhluk yang paling lemah, berhajat dan berdukacita. Kemudian akhirnya fizikal manusia itu akan rosak dan binasa… Demikianlah bagaimana kekufuran meruntuhkan hakikat kemanusiaan dan menukarnya daripada seketul permata yang berharga kepada seketul arang yang langsung tidak bernilai.

Nuktah Kedua
Sebagaimana iman adalah cahaya yang menyinarkan manusia dan memperlihatkan segala tulisan-tulisan Ilahi yang tertulis di atasnya serta menyebabkan orang lain dapat membacanya, ia juga memberi sinaran kepada seluruh alam ini. Iman juga menyelamatkan manusia daripada pemikiran negatif terhadap kurun yang telah berlalu dan yang akan datang daripada kegelapan yang mencengkam.Kami akan menjelaskan rahsia ini dengan membuat satu perumpamaan, berdasarkan kepada salah satu rahsia ayat berikut:

 Firman Allah swt:

  ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌  

Dalam satu imaginasi, saya melihat sebuah jambatan menakjubkan yang menghubungkan dua buah gunung yang tinggi, saling bertentangan dengan satu sama lain. Di bawah jambatan tersebut terdapat lembah yang amat dalam dan gelap; saya sedang berdiri di atas jambatan itu. Ketika itu, dunia diselubungi dengan kegelapan kabur pada setiap penjuru. Saya menoleh ke kanan, lalu saya ternampak sebuah tanah perkuburan yang besar di sebalik kegelapan yang tidak berpenghujung itu, begitulah keadaannya dalam imaginasi ini. Demikianlah saya menggambarkannya.

Kemudian saya lihat pula ke sebelah kiri, seolah-olah ribut ombak mengganas sedang dihimpunkan bersama segala bencana dan tragedi disebalik gelombang kegelapan. Saya melihat pula ke bawah jambatan. Saya membayang melihat sebuah gaung yang amat dalam seolah-olah tiada dasar. Pada genggaman saya pula, hanyalah sebuah lampu suluh malap untuk saya menghadapi segala kegelapan yang menakutkan itu. Saya menyalakan lampu itu dan dapat melihat sedikit melalui kilauannya. Lalu saya ternampak keadaan yang amat menyeramkan. Saya ternampak naga, singa, binatang buas dan raksasa yang menakutkan sedang berkeliaran di sekitar jambatan itu. Berikutan itu, saya katakan kepada diri:
“Lampu ini hanya membawa musibah dan masalah kepada aku!”
Setiap kali saya menghalakan lampu saya ke berbagai-bagai arah, saya akan ternampak perkara yang sama. Saya menyesal dan katakan kepada diri sendiri: “Alangkah baiknya jika aku tidak mempunyai lampu suluh tersebut yang memperlihatkan segala makhluk yang menakutkanku itu.” Lalu saya lemparkan lampu itu dalam kemarahan ke tanah dan memecahkannya. Tiba-tiba suasana menjadi terang-benderang, seolah-olah lampu yang saya campakkan itu terkena suis lampu elektrik besar yang berkuasa tinggi sehingga dapat menerangi seluruh alam dan menghilangkan kegelapan. Setiap penjuru dan tempat menjadi terang dengan cahaya tersebut. Semuanya dapat dilihat dengan jelas dan terang sebagaimana keadaan sebenarnya. Lalu saya dapati jambatan yang tergantung di antara dua puncak gunung yang tinggi itu sebenarnya hanyalah sebuah jalan yang lurus dan landai. Tanah perkuburan besar yang saya nampak berada di sebelah kanan saya pula sebenarnya hanyalah majlis-majlis zikir, tahlil, ilmu dan ibadat yang dipandu oleh beberapa orang yang alim di dalam taman-taman hijau yang cantik yang menyebarkan kebahagiaan serta cahaya ke dalam hati. Manakala gaung yang dalam serta kejadian kemalangan yang saya lihat di sebelah kiri saya sebenarnya hanyalah bukit-bukit yang mempunyai pohon-pohon menghijau yang menyenangkan dan menyedapkan mata memandang. Di bahagian belakangnya, terdapat tempat persinggahan yang hebat, padang ragut yang menghijau dan taman yang indah…

Ya, demikianlah apa yang saya dapat lihat melalui imaginasi saya. Manakala binatang-binatang buas dan makhluk-makhluk menakutkan yang saya saksikan itu sebenarnya hanyalah binatang-binatang jinak seperti unta, lembu, bebiri dan kambing. Mengatakan,“Segala puji bagi Allah diatas cahaya keimanan.” Ketika itu, saya membaca firman Allah swt:

 ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌
Kemudian saya tersedar daripada imaginasi.

Yang dimaksudkan dengan dua buah gunung yang besar itu ialah permulaan kehidupan ini dan pengakhirannya, iaitu alam dunia ini dan alam barzakh… Jambatan yang terbentang itu pula ialah jalan kehidupan… Sebelah kanan saya pula ialah masa yang telah berlalu dan sebelah kiri saya pula ialah masa akan datang. Manakala lampu suluh pula ialah perasaan keegoan manusia yang berbangga-bangga dengan ilmu yang ada pada dirinya dan tidak mahu mendengar wahyu dari langit… Manakala hantu-hantu dan lembaga-lembaga serta binatang-binatang yang menakutkan itu ialah kejadian-kejadian menakjubkan yang berlaku di dalam alam ini.

Seseorang yang bergantung kepada keegoan dan keangkuhannya, terjatuh ke lembah kegelapan kealpaan dan diuji dengan pelbagai belenggu kesesatan yang mengelirukan, dia menyerupai keadaan saya yang pertama sebagaimana saya gambarkan melalui imiginasi tersebut. Dia melihat zaman lampaunya dengan menggunakan cahaya lampu suluh yang malap itu sebagai sebuah perkuburan besar yang berada di dalam kegelapan "ketiadaan". Ini adalah gambaran tidak benar dan menyeleweng serta menyesatkan. Dia juga menggambarkan masa depannya sebagai sebuah tempat terpencil yang sentiasa diselubungi dengan pelbagai bencana dan tragedi yang dikatakan berpunca daripada kebetulan. Dia juga melihat segala kejadian dan benda yang wujud di atas dunia ini yang semuanya dijadikan oleh Allah mempunyai tugas-tugas tertentu seolah-olah sebagai binatang-binatang buas yang mengganas. Maka dia berhak mendapat ketetapan yang ditentukan oleh ayat berikut, firman Allah swt:
 الَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ
Tetapi jika manusia dibantu oleh hidayah Ilahi, iman dapat menyelinap memasuki hatinya, kebejatan dirinya dihancurkan dan dia mendengar serta memberikan perhatian kepada kitab Allah, maka dia menyamai keadaan saya yang kedua dalam peristiwa yang saya imaginasikan itu. Dengan itu, segala yang wujud mendapat sinaran cahaya dan dipenuhi dengan nur Ilahi. Alam seluruhnya berkata:

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأْرْضِ
Ketika itu, zaman yang telah berlalu tidak lagi merupakan sebuah tanah perkuburan besar sebagaimana yang disangkakan. Bahkan seluruh zamannya sebagaimana disaksikan oleh pandangan hati yang suci adalah dipenuhi dengan pelbagai tugas ubudiyyah di bawah pimpinan seorang nabi yang diutuskan atau sekumpulan para wali yang salih. Pimpinan itu mengatur tugas ubudiyyah yang mulia itu serta menyebarkan dan meneguhkan paksinya di kalangan seluruh ummat Islam dalam bentuknya yang paling sempurna. Setelah kumpulan ini yang mempunyai ruh suci menunaikan segala tugas kehidupan dan kewajipan fitrahnya, mereka terbang menuju ke maqam yang tinggi dan mulia sambil menyebut berulang-ulang “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) hingga menembusi hijab masa hadapan. Ketika berpaling ke arah kiri, dari jauh kelihatan melalui pandangan nur keimanan bahawa di sebalik kejadian-kejadian di dalam alam barzakh dan di akhirat yang sebesar gunung yang tinggi terdapat beberapa istana kebahagiaan syurga. Di dalam istana-istana itu dibentangkan rumah-rumah tetamu Allah yang tidak kelihatan di mana permulaan dan di mana penghujungnya. Setelah melihat semua ini, dia meyakini bahawa segala bencana alam seperti puting beliung, gempa bumi, taun dan sebagainya hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diperintahkan kepadanya sahaja. Maka dia melihat angin yang bertiup kencang pada musim bunga, hujan ribut yang turun dan seumpamanya yang pada zahirnya kelihatan seperti kejadian yang mengundang dukacita dan kesedihan, pada hakikatnya adalah paksi hikmah yang maha halus. Hinggakan kematian dianggap sebagai mukadimah bagi menempuh kehidupan yang abadi dan kubur dilihat sebagai pintu kebahagiaan yang kekal abadi… Gunakanlah perumpamaan ini terhadap realiti kehidupan yang lain.

Nuktah Ketiga

 فَبِأَيِّ ءَالآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 

Iman adalah cahaya dan juga kekuatan. Ya! orang yang memiliki iman yang sebenarnya mampu mencabar seluruh alam sejagat ini dan berupaya menghadapi segala cabaran yang menimpanya bersandarkan kekuatan iman yang ada padanya. Dia mengharungi arus kehidupan serta menghadapi segala gelombang bencana besar yang menimpanya dengan aman dan selamat seraya berkata: “Saya bertawakkal kepada Allah”. Dengan itu, dia menyerah dan mengamanahkan bebanan yang berat kepada kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa. Dengan cara ini, dia menjalani kehidupan duniawi dengan rasa selesa, kemudian berehat di alam barzakh dan seterusnya mampu terbang ke syurga untuk menikmati kebahagiaan yang kekal abadi.

Jika sebaliknya dia tidak bertawakkal kepada Allah, bukan sahaja dia tidak akan mampu untuk terbang ke syurga, bahkan bebanan berat yang dipikulnya itu akan mengheretnya ke darjat yang rendah, serendah rendahnya. Ini bermakna iman membawa kepada tauhid (pengEsaan Allah). Tauhid membawa kepada taslim (penyerahan diri kepada Allah). Taslim merealisasikan tawakkal dan tawakkal kepada Allah mempermudahkan jalan untuk mendapat kebahagiaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Janganlah anda menyangka tawakkal kepada Allah bermaksud menolak konsep sebab dan musabab sama sekali. Tetapi tawakkal ialah bahawa kita tahu dan sedar sebab-musabab itu merupakan hijab yang berada di tangan Allah Yang Maha Berkuasa yang mesti dipenuhi. Dia juga sepatutnya mengetahui bahawa berusaha untuk merealisasikan sebab dan musabab ini umpama satu doa yang positif dengan keyakinan bahawa Allah lah yang menjadi penentu utama segala sesuatu dan hanya Dialah yang mesti disyukuri.

Kita boleh memahami kedudukan orang yang bertawakkal kepada Allah dan kedudukan orang yang tidak bertawakkal kepadaNya melalui perbandingan dua orang sahabat dalam cerita berikut:

Setelah membeli tiket, dua orang lelaki yang sedang memikul bebanan berat di atas kepala dan belakang mereka menaiki sebuah kapal. Sebaik sahaja mereka menaiki kapal tersebut, salah seorang daripadanya meletakkan barangan yang dipikulnya di atas lantai kapal dan terus duduk di atas baranganya lalu mengawalnya. Manakala rakannya yang bodoh dan degil tidak mahu meletakkan barangan yang dipikulnya. Apabila dia diberitahu: “Letakkan barang saudara agar saudara merasa selesa”, dia menjawab: “Tidak! Saya takut barangan saya ini mungkin hilang nanti. Saya cukup kuat untuk terus memikulnya di atas kepala dan belakang saya.” Dia diberitahu lagi: “Kapal diraja yang membawa saudara dan kita semua ini dijamin lebih kuat dan lebih mampu menanggung barangan saudara itu daripada kita semua. Saudara mungkin akan kehilangan tenaga, merasa pening dan mungkin akan terjatuh ke dalam laut bersama-sama barangan itu. Kepala saudara yang tidak berakal dan tulang belakang saudara yang bengkok tidak akan mampu memikul bebanan barang yang kian berat setiap detik ini. Lagipun jika nakhoda kapal ini melihat saudara dalam keadaan begini, dia akan menyangka bahawa saudara orang yang tidak siuman dan akan menyingkirkan saudara daripada kapal ini, atau pun dia menyangka saudara sedang mencemuh kapal ini dan memperolok-olokkannya, lalu dia berkata: “Penjarakan dia!” Dengan itu, saudara akan memperbodohkan diri saudara sendiri di khalayak ramai. Bagi yang dapat memahami, mereka dapat melihat kelemahan saudara melalui sifat keangkuhan, kerendahan dan kemunafikan melalui kepura-puraan saudara. Kesemua sikap saudara ini telah menyebabkan saudara menjadi bahan yang ditertawakan oleh orang ramai. Tidakkah saudara nampak mereka sekarang sedang mentertawa dan menjatuhkan maruah saudara?”

Kemudian, setelah mendengar kata-kata yang panjang lebar ini, orang yang malang itu sedar akan kesalahannya. Dia pun meletakkan baranganya dan duduk di atasnya. Dia berkata kepada rakannya: “Semoga Allah memberkati saudara. Saudara telah menyelamatkan saya daripada kesengsaraan, kehinaan, dari dipenjarakan dan dari diperbodohkan. Saya juga telah diselamatkan dari menjadi bahan yang ditertawakan.”

Wahai manusia yang tidak mahu bertawakkal kepada Allah! Sedarlah dan kembalilah kepada kewarasan saudara sebagaimana yang berlaku kepada orang kedua tersebut. Dengan cara ini sahajalah saudara akan bebas daripada mengemis dengan dunia. Saudara juga akan terselamat daripada perasaan ketakutan atau gerun, gementar setiap kali  berhadapan dengan segala peristiwa yang menakutkan. Saudara juga akan terselamat daripada perasaan riak dan diperbodohkan. Lebih dari itu, saudara juga akan terselamat daripada keseksaan akan datang, kecelakaan abadi, dan penjara membebankan dalam tekanan kehidupan dunia ini.


Nuktah Keempat

 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْـقَكُمْ

Keimanan yang menetapkan darjat seorang manusia sebagai manusia. Ya, ia menjadikannya seorang raja. Kerana itulah, tugas asasi manusia adalah keimanan dan ketakwaan. Kekufuran hanya menjadikannya sebagai sejenis haiwan lemah.


Daripada beribu-ribu kebuktian bagi perkara ini, perbezaan penciptaan diantara haiwan dan manusia di dunia ini adalah pada ketetapan dan kebuktian yang amat jelas sekali.


Ya, perbezaan yang menjadikan seseorang itu sebagai manusia adalah pada keimanan. Manakala bagi kejadian haiwan pula, ia telah dilengkapkan pada segala sudut berdasarkan kemampuanannya seolah-olah telah disempurnakan buat alam yang lain mereka dihantar; yakni dunia haiwan. Ia mempelajari semua keadaan kehidupannya, hubungannya dengan alam semesta, dan peraturan kehidupan, dalam masa dua jam atau dua hari, atau dua bulan, dan menjadi sebahagian daripada diri mereka dengan cekap. Haiwan seperti burung layang-layang dan lebah mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup dan mahir padanya dalam masa 20 hari. Manakala bagi manusia pula, ia hanya dapat diperolehi dalam masa 20 tahun biarpun begitu, ia harus dipelajari. Di sini bermaksud bahawa tugas asasi haiwan bukanlah untuk disempurnakan melalui pembelajaran dan peringkat ilmu pengetahuan. Ia bukanlah juga ditugaskan bagi mencari pertolongan dan berdoa cara memperlihatkan kelemahannya, tapi ia adalah dengan kemahirannya untuk bekerja dan bertindak. Tugas-tugas mereka adalah ibadah yang aktif.

Bagi manusia pula, ia harus mempelajari segalanya pada saat kejadiannya di dunia; Dengan kejahilan, tidak semua hal kehidupan dapat ia pelajari dengan sempurna dalam 20 tahun. Benar, dia haruslah hingga akhir hayatnya. Malah, ia telah dihantar ke dunia dalam bentuk yang paling lemah dan tiada bermaya; dan hanya dapat berdiri dalam masa 1-2 tahun. Hanya setelah 15 tahun, barulah ia dapat membezakan diantara mana yang baik dan buruk. Dan melalui pengalaman manusia lain, barulah dapat menarik minatnya terhadap perkara yang baik buatnya dan mengelak perkara lain yang mampu memburukkan. Ia bererti bahawa tugas azali manusia adalah untuk disempurnakan melalui ilmu pengetahuan, menghambakan diri kepada Tuhan dan berkhidmat melalui ibadah kepadaNya. Boleh dikatakan, ia adalah bagi mencari jawapan kepada persoalan: “Kepada siapakah pentadbir yang membolehkan kehidupanku berjalan dengan indah sebegini rupa? Siapakah yang begitu pemurah hinggakan aku dapat membesar dengan kasih sayang? Siapakah yang begitu pemurah hinggakan aku dipelihara dengan halus dan lemah lembut?” Ia adalah bagi beribadah kepada Maha Pemurah lagi Maha Pemberi menggunakan lidah diatas kelemahan dan kemiskinan pada diri sendiri; dengan mencariNya. Ia juga adalah untuk naik ke landasan yang tinggi bagi beribadah, bertakwa dan berkhidmat kepada Allah diatas kelemahan dan kefakiran yang wujud pada diri. 

Ia bermakna bahawa manusia telah dihantar ke dunia untuk disempurnakan melalui ilmu dan amalan. Berikut fitrah manusia dan kemampuannya, segalanya mempunyai hubungan dengan ilmu pengetahuan. Pengetahuan hakiki tentang sumber, punca, cahaya, kebatinan dan segalanya adalah pengetahuan tentang Allah. Dasar dan intipatinya terletak pada keimanan kepada Allah.

Tambahan pula, memandangkan manusia adalah terikat kepada ujian tiada kesudahan dan dihadapkan dengan musuh tak terbilang berikutan kelemahan tanpa sempadan, dan terseksa dengan keperluan tak terbatas serta memiliki pelbagai keinginan tak terkira walaupun ia mempunyai kemiskinan tanpa batasan; kewajipan asas semulajadi seseorang itu setelah beriman adalah terletak pada amalan doa dan tawakal. Berkenaan doa, ia adalah ibadah asas pada Allah dan amalan kehambaan kepada-Nya. Dalam mencapai hasrat atau mencita-citakan sesuatu yang tidak dapat diperolehi, seorang kanak-kanak pasti akan menangis atau merayu-rayu memintanya; yakni ia akan memohon melalui lidahnya dalam kelemahan dirinya, samada secara aktif (perbuatan) atau secara lisan. Dan sudah tentu ia akan berjaya memperolehinya. Begitulah juga buat mana-mana manusia.

Manusia adalah seumpama kanak-kanak yang berbelas manja dalam dunia yang penuh dengan makhluk hidup. Ia haruslah ikhlas memohon di hadapan Arasy Maha Pemurah lagi Maha mengasihani melalui kelemahan dan ketidakupayaannya, atau berdoa dalam kemiskinan lagi amat memerlukan, agar ia dapat memperolehi segala dikehendakinya, atau ia boleh mengucapkan kesyukuran diatas kurniaan. Sebaliknya, ia akan menjadi ibarat seorang anak dungu yang membuat kecoh diatas perkara bodoh, mengatakan: “Hanya dengan kekuatanku sendiri, aku mampu menguasai segala perkara yang mustahil untuk dikuasai dan menundukkan perkara yang seribu kali lebih berkuasa. Dan aku dapat menundukkan mereka agar menurutku melalui pemikiran dan perkiraan aku sendiri,” Ia memaparkan sifart ketakburan membelakangi nikmat rahmat-Nya. Sebagaimana ia adalah bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia, ia telah menyebabkan dirinya terdedah kepada hukuman menyeksakan.


Nuktah Kelima

Dalam iman, amalan doa amat diperlukan sebagai salah satu cara dalam memenuhi keperluan, dan menjadi fitrah semulajadi manusia terdapat keinginan mendalam untuknya, sebagaimana Allah swt berfirman:

 قُلْ مَا يَعْبَؤُاْ بِكُمْ رَبِّى لَوْلاَ دُعَآؤكُمْ‌

yang menegaskan: “Apakah kepentingan yang ada pada kamu, jika kamu tidak berdoa kepadaKu?” Dia juga turut berfirman:

 ٱدْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Jika kalian berkata: “Kami sering berdoa, tetapi ia tidak dikabulkan. Tetapi, ayat itu terlalu umum meluas, ia mengatakan bahawa segala doa akan dijawab.”

Jawapannya: Memperkenankan adalah satu hal, mengkabulkannya adalah satu perkara lain yang berbeza. Sesungguhnya segala doa akan dijawab, akan tetapi memperkenankannya atau memberikan terus apa yang yang dicari adalah bergantung kepada kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai contoh, seorang budak yang sedang sakit mencari doktor, sambil berkata: “Doktor! Doktor!”Doktor membalas: “Ya, saya ada di sini, apa yang kamu mahukan?”, dan budak itu menjawab: “Saya mahukan ubat itu!”. Kemudian, samada doktor akan memberikan terus segala yang diminta olehnya, ataupun memberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik dan lebih bermanfaat daripada permohonannya. Ataupun doktor tidak akan memberikannya apa-apa langsung, kerana barangkali ubat itu mampu memudaratkan kesihatannya.

Dengan itu, Allah Azzawajalla akan menjawab permohonan para hamba-Nya kerana sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Melalui kewujudan dan jawapanNya, Dia menukarkan keseorangan terasing, kekosongan dan kesunyian menjadi keadaan dan kebiasaan. Namun begitu, Dia tidak melakukan ini semata-mata kerana menurut kehendak dan impian manusia yang bercanda dan cerewet. Akan tetapi, selaras dengan keperluan manusia melalui kebijaksanaan Maha Agung; yakni memberatkan pada perkara yang utama; samada Dia perkenankan permohonan secara lahir, atau memberikan suatu yang lebih baik, atau Dia tidak memberikan apa-apa langsung.

Dan sesungguhnya doa adalah sejenis ibadah dan pengiktirafan manusia dalam memperhambakan diri kepada Allah. Hasil daripada amalan ini adalah dibawa hingga ke masa akan datang, hingga ke akhirat. Matlamat kepada akhirat bergantung kepada kadar doa dan ibadah tertentu dilakukan. 

Sebagai contoh: Solat dan berdoa memohon hujan adalah sejenis bentuk ibadat. Masa untuk ibadat ini adalah sesuai pada saat kemarau. Ibadat dan doa seumpama ini secara hakikinya bukanlah bagi membawa hujan. Sekiranya mereka melakukannya semata-mata kerana niat itu sahaja, maka ia tidaklah layak untuk dikabulkan; kerana ia bukanlah ibadat yang telah dilakukan dengan ikhlas. Matahari terbenam adalah saat solat waktu malam. Dan saat gerhana matahari dan bulan berlaku adalah masa bagi dua jenis solat tertentu dilakukan, yang dikenali sebagai solat al-kyusuf dan solat al-kusuf .

Yang dimaksudkan di sini adalah, kebesaran Allah diumumkan melalui perubahan cahaya pertukaran siang dan malam. Maka, Allah Maha Agung memerintahkan hamba-Nya beribadat kepadaNya pada masa-masa tersebut. Tujuan ibadat-ibadat tersebut bukanlah agar matahari dan bulan muncul (hanya kini terdapat kepakaran bagi membuat perkiraan saat-saat ia berlaku).

Sebagaimana masa untuk membaca doa hujan adalah pada saat kemarau, begitu juga pada saat lain. Doa-doa tertentu dibaca apabila suatu bencana, kesusahan atau musibah atau masalah berbahaya berlaku; Ketika manusia menyedari kelemahannya, ia akan berdoa dan membuat permohonan demi perlindungan daripada Allah Maha Berkuasa. Biarpun jika bencana dan masalah masih tidak tamat setelah banyak doa dipohon, tidak harus dikatakan bahawa doa tidak diperkenankan. Sebaliknya, sebaik-baiknya jika mengatakan bahawa masa berdoa masih belum berakhir. Hanya sekiranya Allah Maha Besar menghilangkan masalah kesusahan, disinari cahaya bersama kecerahan melalui sifat pemurah dan sifat pengasih-Nya, pada masa itulah baru boleh dikatakan bahawa waktu berdoa telah selesai. Dengan itu, doa bermaksud sebagai ibadat dan pengakuan manusia sebagai hamba Allah.

Dalam ibadat dan kehambaan kepada Allah, ia haruslah secara sucinya ikhlas kerana Allah. Manusia haruslah mengakui kelemahannya dan berserah kepada Allah melalui doa. Ia sepatutnya tidak harus berpaling daripada kekuasaan Allah. Ia harus meredhai dan menyerah segala urusan ketentuan kepada-Nya dan bertawakal kepada kebijaksanaan-Nya. Ia tidak patut sangsi kepada kasih sayangNya.

Benar, sesungguhnya, apa yang tertulis secara hakiki dalam ayat-ayat al-Quran yang nyata jelas adalah bahawa semua makhluk mempunyai bentuk pemujian dan amalan ibadat yang tersendiri. Dengan itu, doa adalah merupakan hal dari seluruh alam yang akan sampai ke Mahkamah Teragung. Samada ia adalah doa melalui lidah kebolehan fitrah semulajadi seperti daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan, dengan mengusahakan bentuk rahmat kurniaan-Nya yang agung dan menzahirkan Asmaul Husna-Nya. Ataupun ia dilakukan melalui lidah terhadap keperluan. Perkara-perkara tersebut merupakan doa bagi memenuhi keperluan penting mereka - di luar kuasa makhluk hidup. Melalui lidah-lidah ini, makhluk hidup mencari perkara-perkara tertentu daripada Maha Pemurah bagi meneruskan hayat mereka, seperti rezeki. Ataupun ia adalah doa melalui lidah terdesak, yang mana semua makhluk bernyawa yang mendapati diri mereka berada dalam nasib kesusahan membaca doa demi mencari perlindungan segera daripada pengawal yang tidak dikenali; Ya! Mereka beralih kepada Maha Penyayang. Jika tiada halangan mengganggu, permohonan tersebut akan sentiasa diperkenankan.

Jenis doa permohonan yang keempat adalah yang paling dikenali umum; yaitu doa insan. Ia juga terbahagi kepada dua jenis: 
Pertama: Aktif dan dilakukan secara semulajadi.
Kedua:  Secara lisan dan juga dalam hati.
Sebagai contohya, berpaling kepada punca ada sejenis ibadah. Mengumpul punca bukanlah bagi menghasilkan kesan, tetapi bagi mengejar kedudukan yang diterima dalam usaha mendapatkan kesan daripada Allah swt, melalui perlupusan lidah yang terkawal. Untuk menuai hasil, adalah dengan mendekati pintu perbendaharaan rahmat. Memandangkan jenis doa aktif ini diajukan ke arah Asmaul Husna Maha Pemurah, ia diterima pada kebanyakan keadaan.

Bagi jenis yang kedua pula adalah berdoa melalui lidah dan hati. Ia adalah bagi mencapai suatu hasrat yang tidak dapat dilakukan menggunakan tangan. Aspek yang paling penting, sasaran indah, dan buah termanis adalah berikut:
“Sesiapa yang mengamalkan doa, pasti faham bahawa ada yang Mendengar isi hatinya, TanganNya  boleh mencapai semua perkara, yang dapat Menunaikan impiannya, Yang Mengasihi kelemahan dirinya, dan memberi jawapan kepada kelemahan tersebut.”
Wahai yang lemah, manusia yang memerlukan! Usahlah abaikan amalan ibadat seperti doa. Ia adalah kunci kepada rahmat dan kekuatan tanpa batasan. Berpeganglah engkau padanya! Bangkitlah hingga puncak kemanusiaan! Resapkanlah dalam doa permohonanmu untuk segalanya di dunia, bagaikan seorang raja! Katakanlah,
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Aku adalah hanya sekadar pembantu dan timbalan yang mewakili dunia! Berangkatlah menjadi corak seni yang paling baik!


Teruskan: MABHAS KEDUA