abcd

Yoppa

nuffnang

Lamaah Keempat


MESKIPUN persoalan imamah merupakan persoalan yang bersifat furu namun kerana sering menjadi perhatian, ia kemudian dimasukkan ke dalam salah satu kajian keimanan dalam buku-buku ilmu kalam dan ushuluddin. Dari sisi ini ia memiliki kaitan dengan tugas pokok kita untuk mengabdikan diri pada al- Quran dan masalah iman. kerana itu, di sini saya juga sedikit membahasnya.



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia; (Hanya) kepadaNya aku berserah diri, dan Dia-lah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung." (Surah At-Taubah [9] : 128-129)


Katakanlah: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu melainkan kasih mesra kerana pertalian kerabat .”
(Asy-Syura 42:23)

BAHAGIAN PERTAMA:
Konsep As-Sunnah


Bahagian ini terbahagi kepada empat nuktah:

1. Nuktah Pertama

Ayat di atas menggambarkan sifat Rasulullah SAW yang begitu mengasihi dan menyayangi umatnya. Ya, memang ada beberapa riwayat sahih yang menjelaskan sifat kasih sayang beliau yang sempurna terhadap umatnya. Contohnya adalah pada saat seluruh manusia dibangkitkan nanti, ketika itu beliau teriak berkata, “Ummati, ummati” (1) . Padahal di saat tersebut setiap orang, bahkan para nabi sekalipun, menyeru dengan ungkapan, “Nafsii, nafsii”. Mereka mengucapkan hal tersebut kerana situasiyang mencekam dan menakutkan. Dalam riwayat lain, sebagaimana riwayat ini disokong dan dibenarkan oleh para waliyullah yang telah mencapai tingkat kasyaf, pada saat kelahirannya, ibunya (Aminah) juga mendengar beliau mengucapkan, “Ummati, ummati”. Demikianlah, keseluruhan perjalanan hidup beliau yang harum semerbak yang memancarkan keluhuran akhlak bermahkotakan kasih sayang menjelaskan kepada kita tentang kecintaan dan kasih sayangnya yang sangat sempurna. Selain itu, beliau memperlihatkan rasa cinta yang begitu besar tadi dengan menzahir rasa keinginan yang tak terhingga terhadap kiriman selawat dari umatnya. Selawat tersebut menggambarkan sebegitu besar ikatan kasihnya terhadap mereka semua.

Maka itu, sikap berpaling dari sunnah beliau yang mulia betul-betul merupakan satu bentuk kekufuran yang sangat besar, bahkan hal itu menjadi indikasi atas matinya hati nurani seseorang.



2. Nuktah Kedua

Contohnya adalah sikap Rasulullah SAW yang menunjukkan rasa cinta dan perhatiannya yang besar kepada Imam Hasan dan Husein di saat mereka masih muda belia bukan semata-mata kerana naluri kasih sayang dan rasa cinta yang muncul dari adanya hubungan keluarga. Akan tetapi kerana keduanya merupakan pangkal dari rangkaian cahaya yang membawa salah satu misi kenabian beliau yang agung. Keduanya menjadi sumber dari sebuah komuniti agung yang mewarisi kenabian, serta menjadi cermin dan teladan kenabian.

Ya, sikap Rasulullah SAW yang memeluk Hasan RA serta mencium kepalanya dengan penuh kasih disebabkan oleh kerana banyak sekali para pewaris kenabian, pembawa syariat agung, yang berasal dari anak cucu Hasan serta bersumber dari keturunannya yang bersinar dan penuh berkah itu. Di antara mereka adalah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Ghawth al-A‘zam2. Dengan penglihatan kenabian, Rasulullah SAW telah menyaksikan tugas suci yang diemban oleh orang-orang itu di masa mendatang. Sehingga beliau menghargai dan menghormati jasa dan pengabdian mereka. beliau mencium kepala Hasan RA sebagai bentuk penghormatan dan sokongan.

Lalu, ketika Rasulullah SAW memberikan perhatian dan cinta yang begitu mendalam terhadap Husin RA sebetulnya hal itu diperuntukkan bagi keturunannya. Yaitu para imam agung yang berposisi sebagai pewaris kenabian yang hakiki seperti Zainal Abidin dan Ja'afar as-Sodiq. Ya, beliau mencium leher Husin RA, serta beliau telah memtelah perlihatkan kasih sayang dan perhatian yang besar kepadanya demi orang-orang nurani bagaikan mahdi yang akan meninggikan panji Islam dan mengemban tugas kerasulan setelahnya.

Dengan mata hati Nabi yang mengetahui hal ghaib, Rasulullah SAW dapat menyaksikan padang masyar padahal beliau masih berada di dunia. Beliau dapat menyaksikan syurga di langit yang tinggi serta menyaksikan malaikat yang terdapat nun jauh di sana padahal beliau berada di bumi. Beliau juga dapat melihat berbagai peristiwa yang tertutup tirai masa lalu yang gelap sejak zaman Nabi Adam AS. Bahkan, beliau dapat melihat Allah Taala. Adalah tidak aneh kalau kemudian penglihatannya yang bersinar serta mata batinnya yang menembus masa depan dapat menyaksikan para tokoh agung dan para imam pewaris kenabian yang berasal dari keturunan Hasan dan Husin. Atas dasar itulah, beliau mencium kepala keduanya atas nama mereka semua. Ya, dalam ciuman Rasulullah SAW, terhadap Hasan RA terdapat bahagian besar yang dimiliki oleh Syeikh Abul Qadir al-Jailani.



3. Nuktah Ketiga

Menurut sebuah pendapat, Firman Allah yang berbunyi:
اِلاَّ الْمَوَدَّةَ فِى الْقُرْبىٰ,
membawa pengertian; Rasulullah (Sallallahu'alaihiwasallam) yang mulia tidak pernah meminta dalam menjalankan tugas kerasulannya. Baginda hanyalah meminta kecintaan terhadap keluarganya.

Barangkali ada yang bertanya-tanya: Berdasarkan ayat di atas, ia menunjukkan seolah-olah suatu kelebihan dapat dicapai atas dasar hubungan kekeluargaan dan keturunan. Sementara, ayat al-Quran berikut ini:
 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتقَـكُمْ
Menunjukkan bahawa tugas kerasulan terus berlangsung berdasarkan kedekatan seseorang kepada Allah, bukannya berdasarkan hubungan kekeluargaan..keturunan?



DIPNOT

  1. Ia adalah potongan dari sebuah hadis panjang yang membicarakan tentang syafa'at. Penulis (Ustadz Said) sengaja menyebutkan sebahagian dari hadis tersebut dengan maknanya. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari no. 3340, 3361, dan 4712. Juga ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan nombor 194, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan no. 2551. At-Tirmidzi mengatakan bahawa hadis tersebut hasan sahih. Semuanya berasal dari hadis Abu Hurairah ra. dengan konteks yang beragam.

  2. Syeikh Abdul Qadir adalah anak dari Abu Saleh bin Abu Muhammad al-Jili dan keturunan Imam Hasan bin Abi Talib RA. Manakala ibunya ialah anak Abdullah Shumaiya, keturunan Imam Husin bin Abi Talib RA. Oleh demikian, beliau adalah keturunan Imam Hasan dan Imam Husin, dan adalah jelas bahawa beliau adalah salah seorang ahli bait, keturunan Nabi SAW. Beliau telah dilahirkan dalam bulan Ramadhan, 470 Hijrah bersamaan 1077 Masihi. Beliau tinggal di Baghdad dan di sanalah beliau belajar ilmu hadis. Beliau telah berguru dengan Abu Said al-Makhrami al-Hanbali yang termasuk salah satu mualim masyhur ketika itu.
    Di antara tulisan masyur Abdul Qadir adalah Kitab al-Ghuniyah, Futuh al-Ghaib, dan al-Fathur-Rabbani.
    Pada asalnya, beliau enggan berkahwin kerana menyangkakan bahawa ia akan menghalang seseorang dalam perjalanan menuju Allah. Namun, beliau tetap bernikah kerana mahu menurut sunnah Nabi Muhammad SAW. beliau mempunyai 4 orang isteri. Semua isterinya adalah baik dan solehah taat kepadanya. Beliau telah dikurniakan 49 orang anak; 27 lelaki dan selebihnya perempuan.
    Beliau telah meninggal dunia pada usia 91 tahun dan dikebumikan di madrasahnya tahun 561 H. Lihat kitab al-Bidayah wan Nihayah 12: 252, Kasyfu adz-Dzunun 1211 dan 1240, Tabaqat al-Kubra 1: 126, serta al-A’lam 4: 47