abcd

Yoppa

nuffnang

Risalah Ramadan - Nuktah Keempat

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Hikmah ke-4: Pemupuk jiwa


Dari aspek pendidikan jiwa manusia, puasa Ramadan mempunyai beberapa hikmah. Salah satunya ialah:

خُلِقَ الْإِنسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). (Surah Al-Anbiya' 21:37)
Jiwa manusia secara tabii dan fitrahnya tidak suka dibelenggu dengan sebarang ikatan. Ia mengajar dirinya seperti itu sehingga ia mengingini tuhan impian untuk dirinya sendiri. Ia mahu bergerak bebas sebagaimana yang ia suka. Ia tidak mahu memikirkan tentang kejadiannya; yang tumbuh membesar kerana nikmat Allah yang tiada batasnya itu. Lebih-lebih lagi jika ia memiliki kekuasaan dan kekayaan yang banyak di atas muka bumi ini, dan ditambah pula oleh sifat lalai dan alpa. Dengan itu, ia seolah-olah merampas dan menelan nikmat Allah seperti seekor haiwan tanpa mendapat keizinan Tuannya.

Akan tetapi, pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, diri setiap insan akan mula berjinak-jinak dengan jiwanya, bermula daripada orang yang paling kaya sehinggalah kepada orang yang paling miskin. Dari situ, dia mula mengerti dan sedar bahawa dia bukanlah pemilik, bahkan dia adalah milik orang lain. Dia bukanlah bebas, tetapi dia adalah hamba yang menurut perintah. Dia tidak mampu menghulurkan tangannya walaupun hanya untuk melakukan perkara yang paling kecil tanpa perintah Tuhannya, bahkan dia tidak mampu untuk menghulurkan tangannya walaupun hanya sekadar untuk mendapatkan air. Oleh itu, hancurlah tipu daya tuhan khayalannya itu. Sebaliknya, dia akan tunduk mengabdikan diri kepada Allah (SubhanaHuwaTaala). Dia akan melaksanakan tugas asasinya dengan sabar, iaitu bersyukur kepada Allah.