abcd

Yoppa

nuffnang

Hikmah Ibadah & Puasa - Nafsu & akal

Disebut dalam sebuah hadis qudsi; Firman Allah سبحانه و تعالى:

Sebelum manusia dicipta, Allah s.w.t telah terlebih dahulu mencipta Akal dan Nafsu. Disaat Akal dicipta, Allah s.w.t. mengajukan pertanyaan pada Akal, "Man ana wa man anta?" Siapakah Aku dan siapakah kamu?).Ketika menerima soalan ini, Akal menjawab “Ana Abduka wa anta Rabbii.” (saya hambaMu Dan Engkau Tuhanku).

Pada ketika lain pabila Nafsu dicipta, Allah s.w.t telah mengajukan pertanyaan yang sama pada Nafsu. Nafsu menjawab, "Ana ana wa Anta Anta" (Aku adalah aku dan kamu adalah kamu). Lantas Allah s.w.t. mengazab Nafsu di dalam neraka panas selama 1000 tahun. Setelah selesai azab ini, Allah mengeluarkan nafsu dari neraka dan tanya padanya soalan yang sama. Tetapi Nafsu tetap memberi jawapan yang sama, "Ana ana wa anta anta". Lalu Allah memasukkannya ke dalam neraka dingin. Setelah dikeluarkan dari neraka dingin, ia tetap memberikan jawapan yang sama.
Walaupun pelbagai azab diberikan, jawapannya tetap sama. Sekalipun pelbagai azab dikenakan kepadanya, sifat keakuannya tidak berubah. Kemudian Allah mengazabnya di dalam neraka kelaparan, iaitu dengan membiarkannya lapar. Setelah tamat azab ini, pabila diangkat dari neraka kelaparan, Allah s.w.t. mengajukan soalan ini sekali lagi. Akhirnya Nafsu menjawab, "Ana abduka wa Anta Robbii" (Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku).

Dimana letaknya akal dan nafsu?


Akal dan nafsu itu terletak di dalam Qolbu. Qolbu dari segi bahasa adalah organ jantung manusia. Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah “Qolbu” iaitu hati. (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Maka seperti kata Imam Ghazali, nafsu itu tidak berpusat di kepala tetapi ia berpusat di dada.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah Qolbu (mata hati) yang ada di dalam dada. 
(Surah Al-Hajj 22:46)
Dapat dilihatkan bahawa akal mengakui bahawa Allah adalah Tuhannya. Bererti ia mengabdikan diri pada Allah. Oleh itu, pada mereka yang tidak mengabdikan diri, bererti akal mereka tidak berfungsi dengan betul. Dan salah satu ibadah tersebut adalah puasa.

Maka wajarkah kita mengatakan bahawa mereka yang tidak beribadah itu sebagai individu yang berakal? Adakah mereka berakl!? Bukankah bodoh mereka yang ponteng puasa dengan sengaja!?

Ya Allah! Selawat dan salam buat junjungan kami Nabi Muhammd; selawat yang berupa redha buat-Mu dan kurniakanlah kepada beliau bilangan pahala huruf al-Quran pada bulan Ramadan, juga buat ahli keluarga dan para sahabatnya dan kurniakan kepada mereka kesejahteraan yang melimpah-ruah.

سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Maksudnya: Maha Suci Tuhanmu - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, daripada apa yang mereka lakukan. Dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas para rasul. Dan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.(Surah al-Saffat : 180-182)