أعوذ لالله من الشسطان الرجيم
بسم الله الرحمــن الرحيــم
"Tiada Tuhan melainkan Allah , Yang Satu tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, yang menghidupkan dan mematikanku. Dialah yang hidup dan tidak akan mati di tangan kebaikan. Dia berkuasa menentukan segala sesuatu."
KALIMAH KEENAM
"يُحْيي" (bererti) iaitu
yang memberikan kehidupan ialah Dia. Yang meneruskan kehidupan dengan rezeki
juga ialah Dia. Yang menyediakan keperluan hidup juga ialah Dia. Tujuan-tujuan
kehidupan yang tinggi juga adalah milik-Nya dan natijah-natijahnya yang penting
merujuk kepada-Nya. 99% buah kehidupan adalah milik-Nya. Justeru, kalimah ini
menyeru kepada manusia yang fana dan lemah begitu, memberi khabar gembira
dengan berkata: "Wahai Insan! Janganlah memikul tanggungjawab kehidupan
yang berat ke bahu lalu menyusahkan diri. Janganlah jatuh dalam kesedihan
dengan memikirkan kefanaannya. Janganlah mempamerkan kekesalanmu datang ke
dunia hanya setelah melihat duniawi yang tidak penting! Bahkan, mesin kehidupan
dalam bahtera hidupmu itu adalah milik AL-HAYYUL QAYYUM.”
Dia menanggung segala
perbelanjaan keperluaannya. Terdapat tujuan dan natijah yang banyak bagi
kehidupan itu dan ia adalah milik-Nya. Kamu adalah jurumudi diatas kapal itu.
Laksanakanlah tugasmu dengan baik. Ambillah upahnya dan nikmatilah ia.
Fikirkanlah betapa berharganya bahtera kehidupan itu, betapa faedah-faedah yang
diberikanNya dan betapa Karim dan Rahiimnya pemilik bahtera itu lalu
bergembiralah, bersyukur dan fahamilah bahawa apabila kamu laksanakan tugas
dengan penuh istiqamah, semua natijah yang diberikan oleh kapal itu akan
tercatat ke dalam buku amalanmu. Ia menjamin satu kehidupan yang bawa untukmu
dan menghidupkanmu selama-lamanya.
KALIMAH KETUJUH
وَيُمِيتُ bererti Dialah yang memberikan kematian; iaitu Dia melepaskanmu daripada tugas kehidupan dan menggantikan tempatmu daripada dunia yang fana dan menggugurkanmu daripada bebanan tugasan. Dia akan membawamu daripada kehidupan fana kepada kehidupan yang baqa' (sempurna). Justeru itu, kalimah ini melaung kepada jin dan manusia yang fana berkata seperti berikut:"Khabar gembira buat kalian! Kematian bukanlah hukuman bunuh, bukan kesia-siaan, bukan kefanaan, bukan penghapusan, bukan pemadaman, bukan perpisahan abadi, bukan ketiadaan, bukan kebetulan, dan bukanlah juga pelenyapan tanpa pelaku. Sebaliknya, ia merupakan perlepasan dan penggantian pemindahan tempat oleh Pelaku yang Al-Hakim dan Ar-Rahim dan pemindahan ke daerah kebahagiaan abadi dan tempat asal mereka."
Oleh itu! Kematian adalah pintu penghubung ke Alam Barzakh. Yang merupakan tempat perhimpunan sembilan puluh sembilan peratus para kekasih.
BEDIUZZAMAN SAID NURSI