abcd

Yoppa

nuffnang

Pintu syurga & neraka

"Solat itu adalah tiang agama" (al-Hadith)

"Seseorang itu akan masuk syurga selagi ada iman sebutir kacang." Ramai salahanggapkan hadis ini. Mereka menyangkakan bahawa selagi mereka adalah keturunan muslim, mereka tidak perlu risau. Menyangkakan bahawa syurga telah dijamin buat mereka. Akhirnya mereka menjadi Islam hanya pada nama sebagaimana dalam riwayat yang lain.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
(H.R. al-Baihaqi)
Apakah jaminanmu punyai iman walaupun sebesar biji kacang? Adakah hanya kerana kamu mengucapkan kalimah "Laa ilaha illallah"? Jangan biarkan ia menjadi satu kalimah yang hanya sampai dibibir sahaja tetapi tidak dihayati kalimah ini. Bagaimana kamu mahu mengatakan bahawa punyai iman dihati jika rukun iman hanya sekadar kalimah sahaja tetapi tiada dihati? ِApakah buktimu jika tiang agama ditinggalkan? Adalah sekadar ini sahaja?
"Saya percaya pada Allah, malaikat, rasul, kita, kiamat & qada' qadar."
Adakah sekadar kalimah "percaya" sudah memadai? Percaya yang hanya pada dibibir. Tetapi dosa bergelumang dijiwa. Wahai manusia! Tanpa mengira samada kamu (bernama) Islam ataupun tidak, jika sudah dihanyutkan dosa, maka kamu akan kekal didalam neraka. Dan bezanya antara muslim dan kafir adalah menunaikan solat. Barangsiapa yang meninggalkan solat (dengan sengaja), maka mereka (muslim) telah termasuk dalam golongan kafir.

Jika Islam hanya pada nama, tiada guna jika tiada ibadah dari hati. Tidak meletakkan Allah sebagai utama. Maka tiada iman dalam hati. Jauh sekali dari syurga. Memang bagus sekiranya tetap menunaikan ibadah. Inilah yang dimaksudkan dengan darjat sebesar kacang. Namun akhirnya menjadi pudah jika tiada iman. "Solat kerana TERPAKSA". Iman sebesar biji sawi. Kufur daripada menjalankan tiang agama adalah bererti  tidak percaya (beriman) pada Allah. Bererti kalung imannya adalah kosong.

"Tak masuk syurga mereka yang ada takbur sebesar zarah" (al-hadith). Bukan hanya sombong pada manusia. Terutamanya adalah takbur pada Allah. Ketakburan ini timbul kerana tidak meletakkan Allah Azza waJalla Aliyyil Azhim sebagai utama; lalu mereka meninggalkan ibadah. Akhirnya bertukar kafir dan neraka kekal buat mereka. 

Beringatlah! Inna lillah wa inna ilahi raji'un. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali.