abcd

Yoppa

nuffnang

Hujah Keimanan Kesepuluh - Kalimah Kelapan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



"وَهُوَ حَيِّ لَا يَمُوتُ" iaitu kesungguhannya Pemilik kecantikan, kesempurnaan dan ihsan yang melebihi kesempurnaan keindahan danihsan yang kelihatan pada maujudat (segala kejadian oleh Allah) seluruh alam semesta dan menjadi wasilah mahabbah dengan tahap tidak terhingga serta al-Ma'bud lam yazad dan al-Mahbub la yazal yang satu tajalli keindahannya adalah cukup untuk menggantikan semua kekasih memiliki kehidupan kekal yang abadi dan azali yang berterusan. Ini kerana Dia adalah suci daripada buruknya kelenyapan dan kefanaan dan bebas daripada buruknya kelenyapan dan kefanaan dan bebas daripada jeliknya kekurangan dan kecacatan.

Justeru itu, kalimah ini mengumumkan kepada jin dan manusia dan semua yang berakal dan ahli mahabbah can cinta: "Khabar gembira kepada kalian! Ini kerana kalian mempunyai al-Mahbubul Baqi (kekasih abadi) yang merawat dan menyapu ubat pada luka-luka perpisahan yang tidak terkira kalian akibat perpisahan daripada para kekasih kalian (yang fana). Memandangkan Dia adalah wujud dan baqa', maka janganlah kalian risau walau apa pun  yang terjadi kepada yang lain. Bahkan, kecantikan dan ihsan, dan kelebihan dan kesempurnaan pada para kekasih itu, yang menjadi punca kasih sayang kalian adalah bayangan bagi bayangan yang amat lemah, yang melintasi banyak tabir daripada tajjali keindahan yang baqa' bagi al-Mahbubul Baqi itu. Janganlah kelenyapan mereka, menyakitkan hati kalian. Ini kerana mereka adalah sejenis cerminan. Penukaran cermin-cermin dapat memperbaharui tajalli seri keindahan dan mencantikkannya. Memandangkan Dia ada, semua ada.

Na'udzubillah


Bediüzzaman Said Nursî 
(Hujah Keimanan Bersepuluh)