بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“بِيَدِهِ الخَيْرُ”
Membawa erti iaitu kebaikan ada pada tangan-Nya. Dalam buku catatan-Nya, setiap kebajikan yang kalian lakukan dicatat. Setiap catatan amalan soleh yang kalian kerjakan terletak di sisi-Nya. Justeru itu, kalimah ini mengatakan kepada jin dan manusia dengan memberikan khabar gembira sambil berkata:
Wahai mereka yang tiada berdaya! Apabila kalian tiba ke pusara, janganlah kalian meraung: “Aduhai! Habis musnahlah harta kami! Usaha kita telah menjadi debu sia-sia” dan “kita telah meninggalkan dunia yang cantik lagi lapang itu dan telah masuk ke dalam tanah yang tersangat menyempitkan”. Janganlah kalian merintih dan berputus asa. Ini kerana, semua hakmilik kalian dijaga oleh-Nya. Setiap amalan kalian telah ditulis; Telah dicatatkan segala perkhidmatan kebaktian kalian.
Satu Zat Zuljalal yang akan mengurniakan ganjaran buat semua khidmat kalian,