abcd

Yoppa

nuffnang

Kalimah Keduapuluh Tiga

MABHAS KEDUA


 Kembali semula 


Oleh itu, sekiranya seorang manusia bergantung kepada ananiyyah-nya dan jadikan kehidupan dunia sebagai matlamatnya; berusaha merasai keseronokan yang sementara, disamping bergelut demi kehidupannya, ia menjadi tenggelam ke dalam satu lingkungan sangat sempit dan membataskan sebelum kematian. Semua kebolehan, sistem dan sifat yang ada padanya akan menjadi saksi dan menentangnya pada hari kebangkitan. Sebaliknya, jika ia memahami dan membelanjakan modal hidupnya sebagai seorang tetamu yang mendapat kebenaran zat Al-Karim, ia akan memperoleh satu kehidupan yang panjang dan abadi dalam lingkungan yang sangat luas. Kemudian ia dapat berehat dengan tenang, lalu dinaikkan ke tahap setinggi tingginya.

Malah, semua bahagian yang penting pada manusia akan gembira dengan dirinya dan memberi keterangan yang memihak kepadanya di akhirat. Yang pastinya, semua kebolehan indah yang diberikan kepada manusia bukanlah ber
tujuan untuk kehidupan dunia yang fana ini, tetapi bertujuan kepada kehidupan maknawi yang abadi. Sekiranya kita bandingkan antara manusia dengan haiwan, kita dapat perhatikan bahawa manusia adalah sangat kaya dalam pelbagai bahagian dan kebolehan; seratus kali lebih kaya daripada haiwan. Tetapi, sebaliknya angkara keseronokan kehidupan duniawi, dan juga dunia kebinatangan, ia jatuh seratus kali lebih rendahIa menerima kesan beribu-ribu kesakitan bagi setiap kelazatan. Kesakitan akibat masa lalu dan kebimbangan terhadap masa depan, dan kesakitan yang bersama setiap kelazatan merosakkan keseronokan yang ada. Tetapi haiwan bukanlah seperti itu; Mereka dapat menerima kelazatan tanpa sebarang keseksaan. Keseronokannya tidak membawa kepada kesedihan. Tiada rasa apa-apa langsung, samada ia adalah kesedihan terhadap masa lalu atau kebimbangan pada masa depan. Ia dengan hidup aman, sambil bersyukur kepada Penciptanya.

Ini bermakna bahawa jika seorang manusia yang telah dicipta dalam bentuk“ahsani taqwim”akan jatuh seratus kali lebih rendah daripada makhluk lain seperti burung pipit jika dia menghadkan pemikirannya dalam kehidupan dunia ini, walaupun pangkatnya adalah lebih tinggi daripada haiwan. Saya pernah menjelaskan hakikat ini pada keadaan lain dengan cara perbandingan. Ia adalah berkaitan dengan perkara ini. Saya akan mengulanginya di sini, ia adalah seperti ini:

Seorang lelaki memberikan sepuluh keping emas kepada salah satu hambanya dan memberitahunya supaya membuat banyak pakaian yang diperbuat daripada kain tertentu. Bagi hamba yang kedua, dia berikan seribu keping emas dan meletakkan ke dalam poketnya suatu nota yang tertulis beberapa perkara tertentu, dan menghantarnya ke pasaran. Hamba pertama telah membeli sehelai pakaian yang diperbuat daripada kain yang sangat bagus menggunakan sepuluh keping emas tersebut. Tetapi hamba kedua tidak menggunakan kepalanya; Ia hanya melihat hamba yang pertama dan tidak membaca nota dalam poketnya. Dia telah berikan seribu keping emas tersebut kepada peniaga dan meminta pakaian daripada pekedai itu. Peniaga yang tidak jujur itu telah memberikannya pakaian yang mempunyai kualiti paling teruk. Kemudian hamba buruk pulang kepada tuannya dan menerima kemarahan yang amat teruk serta hukuman yang berat.
Dengan itu, biarpun yang paling bodoh juga akan faham bahawa 1000 keping emas yang telah diberikan itu bukanlah bertujuan untuk membeli pakaian, tetapi untuk urusan penting lain yang berbeza.
Dalam keadaan yang sama, setiap kebolehan yang halus dalam manusia telah berkembang ke tahap yang seratus kali lebih tinggi daripada haiwan. Sebagai contohnya: Lihat keupayaan seperti mata manusia yang dapat membezakan tahap keindahan; deria lidahnya yang mampu membezakan semua jenis rasa makanan berbeza; minda yang dapat menembusi semua perkara sangat halus dari mata realiti; dan hatinya, yang mahukan semua jenis kesempurnaan. Kemudian, fikirkan jenis haiwan mudah yang telah berkembang/berubah hanya dalam satu atau dua peringkat. Kebanyakannya hanya terdapat perbezaan bahawa, dikalangan haiwan, terdapat jenis tertentu yang mempunyai beberapa fungsi buatnya dan terdapat juga yang istimewa memiliki  lebih banyak perubahan. Tetapi perkembangan ini adalah jelas buatnya.

Punca manusia kaya dalam apa-apa keupayaan adalah: Kerana akal dan fikiran, deria dan perasaan manusia telah banyak meningkat dan berkembang.  Dan banyak emosi yang telah wujud kerana keperluannya bertambah. Dan derianya telah berkembang menjadi sangat meluas. Kerana sifatnya yang meluas, mengakibatkan kemahuan muncul menumpukan ke arah banyak matlamat. Dan kerana ia sifatnya mendorong banyak tanggungjawab, bahagian-bahagian dan kebolehan-kebolehan dirinya telah berkembang dengan banyak. Dan kerana iia telah dijadikan dengan ciri-ciri kemampuan bagi setiap ubudiyyah, manusia telah diberi kebolehan dalam memperoleh benih bagi segala kesempurnaan.

Oleh itu, kekayaan yang banyak pada kemampuan dan kebolehan sudah tentu tidak dikurniakan bagi mengejar kehidupan duniawi yang fana. Sebaliknya, tanggungjawab utama manusia adalah bagi melaksanakan tugasnya, yang menjurus kepada pelbagai matlamat; 
  • Mengakui kelemahan, kefakiran, dan kesilapan yang ada padanya melalui ibadat; 
  • Menyaksikan kejadian melalui mata sejagat yang menyeluruh;
  • Menyedari bantuan yang diberikan Tuhan Maha Penyayang, dan bersyukur diatasnya;
  • Menatap kuasaNya yang ada pada makhluk yang diberikan kuasa, bagi diambil sebagai sumber pengajaran yang ada.
Wahai manusia yang menyembah dunia, kekasih kehidupan duniawi, dan lalai terhadap makna “ahsani taqwim”! Said Lama telah menyaksikan realiti kehidupan duniawi dalam suatu rupa. Ia telah mengubahnya menjadi Said Baru. Anda juga boleh melihatnya dalam bentuk perbandingan:

Saya melihat diriku sebagai seorang pengembara dalam satu perjalanan yang jauh; yakni, saya telah dihantar/ditugaskan. Rajaku telah memberi kepadaku sedikit wang daripada 60 keping emas yang beliau telah memperuntukkan kepadaku. Saya menghabiskannya, dan sampai ke sebuah rumah tumpangan yang mempunyai semua jenis hiburan. Ketika salah satu malam di sana, saya menghabiskan sepuluh keping emas dalam perjudian, hiburan, dan berseronok dengan kemasyhuran. Apabila sampai waktu pagi, saya tiada lagi baki wang. Malahan lagi, saya tidak melakukan sebarang perdagangan dan tidak membeli sebarang barang sebagai bekalan ke tempat yang saya mahu pergi. Apa yang tinggal pada saya hasil daripada wang itu adalah dosa dan keseksaan, dan hiburan pula hanya menghasilkan kelukaan dan kesedihan. Ketika dalam keadaan mengecewakan itu, tiba-tiba muncul seorang lelaki. Beliau berkata kepadaku:
“Kamu telah membazirkan semua modalmu dan patut dihukum. Kamu akan ke destinasimu dalam keadaan tangan kosong dan muflis. Tetapi jika kamu menyedari/menyesali, pintu taubat sentiasa terbuka untukmu. Apabila kamu menerima lima belas keping emas daripadanya, simpanlah separuh daripadanya. Yakni, dapatkanlah keperluanmu di tempat yang ditujui.”
Saya memandangnya, nafsuku tidak menerima ini.

Lalu dia berkata: "Jadi, satu pertiga."

Nafsuku masih tidak bersetuju.

Kemudian beliau berkata: "Satu suku."

Nafsuku tidak dapat membuang tabiat yang disukainya itu, maka lelaki itu berpaling daripadaku dalam kemarahan dan meninggalkanku.

Secara tiba-tiba, lokasi berubah. Saya berada dalam keretapi, yang bergerak sebegitu pantas di dalam terowong seolah-olah secara turun menegak. Saya menjadi ketakutan. Tetapi saya tidak dapat lakukan apa-apa, kerana tiada cara untuk melarikan diri. Yang anehnya, bunga dan buah-buahan yang menarik muncul pada kedua-dua bahagian di tepi keretapi. Dan saya pula seperti seorang yang bodoh dan tiada pengetahuan, telah menghulurkan tangan saya setelah melihatnya dan cuba untuk memetiknya. Tetapi bunga dan buahan itu penuh dengan duri, menyebabkan tangan saya terluka dan berdarah apabila saya menyentuhinya. Dengan pergerakan keretapi itu, menyebabkan tanganku terkoyak dan terputus dari badanku sehingga begitu merugikan saya. Tiba-tiba petugas keretapi berkata:
“Berikan saya lima kurush dan saya akan berikan seberapa banyak bunga atau buah-buahan yang anda mahukan. Anda telah kehilangan seratus kurush kerana tangan anda telah koyak, bukannya kehilangan lima kurush. Malah terdapat juga hukuman denda; anda tidak boleh memetiknya tanpa kebenaran.”
Dalam kerisauan, saya hulurkan kepala saya keluar dari tingkap dan lihat ke hadapan bagi mengetahui bila terowong akan berakhir. Saya lihat di hujung terowong terdapat begitu banyak lubang. Ramai orang yang yang telah dilemparkan keluar dari keretapi panjang itu ke dalam lubang-lubang tersebut. Saya ternampak sebuah lubang berhadapan dengan saya. Pada kedua-dua belah lubang itu terdapat batu nisan. Saya melihat dengan penuh kekaguman. Saya terlihat nama SAID pada salah satu nisan tersebut. Dalam kebingungan dan kebimbangan, saya menjerit: “Celakalah aku!” Kemudian, tiba-tiba saya terdengar suara lelaki yang telah memberikan saya nasihat di pintu rumah tumpangan tadi. Beliau bertanya: 
“Adakah kamu sudah sedar?”
Saya menjawab: “Ya, tetapi sekarang sudah terlambat.”
Lalu dia berkata: “Bertaubatlah dan bertawakkal-lah kamu kepada Allah”
Saya menjawab bahawa saya akan lakukannya. Kemudian saya terjaga sedar dan melihat diri saya sebagai Said Baru; dan Said Lama telah menghilang.

Jadi, itulah pembayangannya. Semoga Allah berikan suatu kebaikan daripadanya! Saya akan menghuraikan satu, atau dua daripadanya, kemudian anda boleh mentafsir dengan diri sendiri selebihnya.

Perjalanan tersebut adalah perjalanan berlalu dari Alam Roh; Yakni melalui rahim ibu, usia kemudaan, usia tua, kematian, Alam Barzakh, kebangkitan semula, dan Titian Sirat ke arah alam abadi. 60 keping emas adalah 60 tahun kehidupan. Saya menjangka bahawa situasi yang dilihat adalah diri saya ketika berusia 45 tahun. Saya tidak mempunyai apa-apa sebagai penjaminnya, tetapi seorang ahli Al-Quranul Karim telah menasihati saya agar menghabiskan separuh daripada baki 15 tersebut ke akhirat. Bagi saya, rumah tumpangan itu adalah Istanbul. Keretapi itu adalah masa, dan setiap gerabak keretapi adalah satu tahun. Manakala terowong adalah kehidupan di dunia ini. Bunga-bunga dan buah-buahan yang berduri adalah keseronokan dan hiburan yang diharamkan yang menyebabkan kesakitan, jika melibatkan diri ke dalamnya tanpa menghiraukan kesannya, dan pemisahan merobek hati, menjadikannya berdarah. Ia juga menyebabkan hukuman denda. Kakitangan di atas keretapi telah memberitahu saya bahawasanya dia akan memberikan saya seberapa banyak yang saya mahukan jika saya berikan lima kurush kepadanya, .


Penafsirannya adalah seperti berikut: Keseronokan dan hiburan yang manusia lalui mengikut jalan usaha sahih dalam lingkungan yang halal adalah memadai buatnya. Tidak perlu lebihannya untuk memasuki lingkungan yang melanggar dan melampaui batasan keharaman. Anda boleh nampak tafsiran bagi selebihnya dengan sendiri.