

Risalah Ramadan:
Ulasan Hikmah Kesembilan
[Maksud Qolbu dari segi bahasa arab adalah jantung, menurut Imam Al-ghazali, perenungan itu dilakukan mulai dari qolbu yang berpusat di dada, bukan dilakukan melalui pemikiran dalam otak kepala. Maka qolbu adalah juga bermaksud mata hati.]
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لاَ تَعْمَى الأَبْصَارُ لَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورا
[Ini adalah merupakan ulasan terakhir bagi hikmah ramadan didalam Risalah Ramadan Ustad Bediuzzaman Said Nursi.]
Hikmah 9: Pembatas Nafsu
Dari segi pemusnahan nafsu serakah yang secara langsungnya menghantui jiwa, menerusi aspek pengabdian yang diperkenalkan melalui pemusnahan nafsu itu dan dari segi menzahirkan kelemahannya di hadapan Allah (s.w.t), puasa bulan Ramadan memberikan banyak hikmah. Antaranya ialah:
Nafsu tidak mahu mengenali Tuhannya. Nafsu dengan angkuh mendakwa bahawa ia sendiri memiliki sifat ketuhanan. Sifat angkuhnya sama seperti sifat angkuh Firaun yang melampau itu. Walaupun nafsu diazab dan dikasari, namun sifat ketuhanan yang disangka menjadi miliknya itu tetap ada. Keangkuhan tersebut tidak mampu ditundukkan/dipatahkan, bahkan ia tidak akan tunduk melainkan apabila berhadapan dengan raja kelaparan.
Begitulah secara langsung, puasa Ramadan memberi pukulan maut kepada sikap kefiraunan yang tertanam dalam nafsu. Lalu, puasa itu mematahkan kuasa nafsu tersebut dengan menzahirkan keterbatasan, kelemahan dan kekerdilannya serta memperkenalkan nafsu itu kepada pengabdian.
Ada disebutkan dalam salah satu riwayat hadis qudsi:

Ya Allah! Selawat dan salam buat junjungan kami Nabi Muhammad; selawat yang berupa redha buat-Mu dan kurniakanlah kepada beliau bilangan pahala huruf al-Quran pada bulan Ramadan, juga buat ahli keluarga dan para sahabat beliau dan kurniakan kepada mereka kesejahteraan yang melimpah-ruah
سُبْحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُون ¦ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ ¦ وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَا