abcd

Yoppa

nuffnang

Lamaah Ketujuhbelas



[Lama’ah ini mengandungi lima belas nota daripada risalah Zahrah]

MUKADDIMAH

Dua belas tahun sebelum penulisan Lama’ah ini, berkat taufik dan pertolongan Allah, aku telah mencatat nota-nota berkenaan sinaran tauhid yang menjadi jelas padaku dalam renungan kerohanianku, peningkatan akal, serta perjalan kalbuku yang sedang mengembara dalam makrifat ilahiah. Saya telah tuliskan nota-nota tersebut dengan Bahasa Arab dalam berbagai risalah-risalah yang berjudul Zahrah, Su’la, Habbah, Sammah, Zarrah, dan Katrah. Namun, hanya kerana nota-nota tersebut telah dicatatkan bagi memperlihatkan sedikit pendahuluan bagi hakikat cahaya agung yang luas. Dan saya telah menulisnya sebagai ditulis dalam bentuk catatan ringkas dan peringatan buat diriku sahaja, sehinggakan manfaatnya menjadi terhad pada orang lain. Malah, sebahagian besar saudara-saudaraku yang tulus itu tidak memahami bahasa Arab. Berikutan permintaan dan kepaksaan mereka, akhirnya telah kutuliskan sebahagian daripada nota-nota dan sinaran-sinaran tersebut ke dalam bahasa Turki bagi menerangkannya, dan sebahagian lagi memperluaskan.

Memandangkan terjemahan catatan dan risalah bahasa Arab tersebut adalah hasil kerja pertama Said Baru, yang mulai tercebur ke dalam telaga ilmu hakikat, yang telah dilihat dalam bentuk kilauan, maknawinya telah dikekalkan tanpa sebarang perubahan. Kerana itu, sebahagain daripada ayat tersebut disebutkan kembali dalam risalah ini, walaupun diperkatakan juga didalam risalah Kalimah yang lain. Serta terdapat sebahagian yang tidak dirumuskan dan dipaparkan seperti yang dipinta bagi memastikan roh aslinya tidak menjadi hilang.





NOTA PERTAMA


Aku ajukan kata-kata kepada diriku sendiri: “Wahai Said yang lalai! Ketahuilah yang tidak berbaloi untuk mengikat dan mengaitkan kalbumu dengan sesuatu yang takkan menemanimu setelah dunia ini musnah dan berpisah daripadamu pada saat kemusnahannya. Adalah sama sekali tidak masuk akal mengikat hatimu pada sesuatu yang fana yang meninggalkanmu dan berpaling membelakangimu dan meninggalkanmu apabila saat kehidupanmu berakhir, dan takkan
menemanimu dalam haluan alam barzakh atau menemanimu ke pintu kubur, serta akan berpisah selamanya denganmu dalam dalam setahun atau dua, seraya membebankan dosanya padamu dan yang akan meninggalkanmu, biarpun padahal engkau memperolehinya dengan senang.

Jika engkau berakal pintar, engkau akan tinggalkan segala sesuatu yang akan hancur dan musnah dibawah tekanan perubahan dunia, peringkat perkembangan alam barzakh, dan akan menjadi bergolak dengan ketibaan akhirat; yang mana ia tidaka akan mampu menemani dan menjadi sahabatmu dalam perjalanan menuju keabadian.Usahlah berikannya kepentingan! Janganlah bersedih jika ditinggalkan!

Lihat pada fitrah dirimu: Ketahuilah bahawa dalam dirimu adanya lathifah yang hanya tidak dapat dipenuhkan apa-apa selain keabadian, yang mengarah kepada Zat yang Maha Kekal; mampu melepaskan diri daripada apa-apa selain daripada-Nya. Bahkan jikalau seluruh dunia diberikan kepadanya, keperluan fitrah tersebut tetap tidak akan merasa puas. Ia adalah penguasa lathifahmu dan perasaanmu. Maka patuhilah penguasa lathifah-mu yang tunduk kepada arahan al-Fatir al-Hakim. Selamatkanlah dirimu!

SETERUSNYA