abcd

Yoppa

nuffnang

Lamaah Ketujuhbelas



NOTA KEDUA

Aku mendapat satu mimpi benar; yang mana aku berkata kepada manusia:
“Wahai manusia! Salah satu prinsip-prinsip al-Qur’an adalah sebegini: Haruslah engkau tidak menganggap suatu apapun selain Allah lebih besar daripadamu hingga ke tahap engkau menyembahnya. Juga, hendaknya engkau tidak menganggap dirimu lebih besar daripada segala sesuatu sehingga engkau bersikap sombong padanya. Kerana, sebagaimana setiap makhluk sama kedudukannya sebagai hamba, jauh daripada kelayakan disembah/dijunjung, begitu juga kedudukannya adalah sedarjat dari teras penciptaannya sebagai makhluk..”



NOTA KETIGA

Wahai Said yang lalai, engkau berilusinasi melihat dunia yang sementara ini seolah-olah ia adalah kekal abadi dan tidak akan musnah; Apabila engkau melihat dunia di sekelilingmu, engkau melihatnya sentiasa sama dan stabil dalam keadaan tertentu. Memandangkan engkau sentiasa melihat dalam pemikiran yang sama, engkau menganggap dirimu yang fana ini kekal juga;maka engkau hanya takutkan hari kiamat. Engkau hanya takut padanya hingga seolah-olah kononnya engkau akan kekal hidup sampai kiamat.

Gunalah akalmu! Engkau dan dunia persendirianmu pada setiap saat adalah tertakluk kepada batasan kemusnahan dan kefanaan. Perasaan dan ilusimu yang salah itu adalah hampir dengan perumpamaan berikut: Jikalau engkau ada satu cermin ditangan, hadapkannya ke arah sebuah istana, bandar, atau taman; rupanya akan dipantulkan pada cermin. Jika cermin itu digerakkan dan diubah dengan sedikit saja, imej pada cermin itu akan menjadi kekacauan. Hakikatnya adalah mana-mana istana, bandar atau istana hakiki diluar cermin adalah senantiasa tetap; yang seharusnya tiada hubungan denganmu; kerana istana, negeri, dan taman itu dalam cermin itu kesemuanya hanya merupakan gambaran yang hanya dapat dipantulkan oleh cermin mengikut ukurannya.

Ketahuilah bahawa: Kehidupan dan umurmu adalah umpama cermin itu; pendukung dan cermin duniamu, serta kehidupanmu menjadi pertengahannya. Perhatikan pada cerminmu itu. Istana, bandar dan taman-taman tersebut boleh hancur dan rosak pada bila-bila masa. Keadaan yang mana ia seoleh-oleh boleh jatuh menimpa kepalamu dan kiamatmu akan datang pada bila-bila saat. Jika demikian, janganlah engkau bebani hidup ini dan duniamu dengan sesuatu di luar kemampuannya.



NOTA KEEMPAT

Ketahuilah, di antara hukum al-Fatir al-Hakim pada umumnya adalah mengembalikan sesuatu yang penting dan bernilai; dengan sesuatu yang menyerupainya. Yakni, Dia mengembalikan sesuatu yang bernilai dengan ketetapannya ketika Dia memperbaharui kebanyakannya dalam bentuk yang setara — selaras dengan pertukaran musim perubahan masa. Hukum ketetapan Rabbani ini dapat disaksikan jelas pada kemunculan setiap hari, tahun, dan masa.

Atas dasar hukum inilah, kita dapat mengatakan bahawa: manusia adalah buah penciptaan yang paling sempurna; seiring dengan pengakuan dan penemuan ilmu pengetahuan sains. la merupakan makhluk termahal yang paling penting di antara semua makhluk yang ada. Oleh kerana setiap individivu adalah senilai dengan spesies makhluk hdup yang lain, dapat dipastikan bahawa setiap manusia akan dikembalikan sama dalam rupa kewujudan, jasad, nama dan semua nilai bentuk dirinya pada hari kebangkitan.


SETERUSNYA